Priyanka Chopra dan Nick Jonas antara selebriti Hollywood yang cukup tegas mengenai privasi anak mereka.
Pasangan ini yang menimang cahaya mata sulung pada 15 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang sebelum ini sentiasa menutup wajah anak mereka dengan emoticon mahupun hanya menampilkan pandangan belakang sahaja.
Diberi nama penuh Malti Marie Jonas Chopra, wajahnya dipertontonkan dan dibenarkan dirakam genap setahun selepas kelahirannya. Maltie Marie dilihat cukup cerita dikendong ibunya saat menghadiri majlis Hollywood Walk of Fame yang meraikan Jonas Brothers.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Telah Menyambut Kelahiran Bayi,” – Priyanka Chopra & Nick Jonas Timang Anak Sulung Menerusi Khidmat Ibu Tumpang
Priyanka Chopra duduk bersama anak perempuannya yang memasuki usia setahun itu tampil duduk di barisan hadapan. Selain mereka isteri Kevin Jonas dan Joe Jonas, Danielle Jonas dan Sophie Turner, turut kelihatan bersama.
Maltie Marie dilihat comel mengayakan busana serba putih oleh Bimbalo dan memadankannya dengan but perak bersama cekak di kepala bermotif bunga..
Mengimbau kembali, Priyanka Chopra dan Nick Jonas mula berkenalan pada tahun 2016 namun mereka hanya berkahwin dua tahun kemudian pada penghujung tahun 2018.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan