“Setengah Hatiku Telah Hilang Bersamaan Perginya Dylan…,” – Sudah Bertemu Kekasih Hati, Ini Cara Ifan Seventeen Luah Rasa Cinta

Share

Penyanyi Indonesia, Ifan Fajarsyah ada berkongsi bersama peminat bagaimana dia meluahkan rasa cintanya terhadap kekasih hati, Citra Monica.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ifan memaklumkan, separuh daripada hatinya sebenarnya telah pergi saat isterinya, Dylan Sahara meninggal dunia.

Bagaimanapun, Ifan meluahkan dia kini sudah pun bersedia sepenuhnya untuk menyerahkan yang selebihnya buat Citra.

 “Ci, setengah hatiku telah hilang bersamaan dengan perginya Dyllan. Kalau kamu bisa menerimanya, walaupun hanya setengah, maka akan kuberikan seluruh hatiku, bahkan tidak kusisakan untuk diriku sendiri,” luahnya.

Jelas Ifan yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Seventeen, sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengubah jalan hidup yang telah pun terlebih dahulu ditentukan oleh Allah SWT.

Katanya lagi, dia hanya mahu mengharugi hari-harinya selepas ini sebaik mungkin.

“Itu kira-kira pertanyaan yang waktu itu aku lontarkan ke Citra. Sungguh kita tidak bisa memilih untuk hidup seperti apa, karna ternyata yang kita bisa, hanya menjalankan hidup itu sendiri sebaik mungkin. Bismillah,” katanya lagi.

Entri tersebut ternyata menarik perhatian warga netizen selepas meraih lebih 250,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga hubungan Ifan dan Citra akan dipermudahkan.

Terdahulu, tanggal 22 Disember 2018 merupakan sebuah detik hitam buat Ifan setelah dia kehilangan kesemua anggota kumpulan termasuklah isterinya, Dylan Sahara yang turut terkorban akibat bencana Tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia.

Sumber: Instagram Ifan Seventeen

Published by
Aizam Manaf