Diyla yang sebelum ini merangkap tugas sebagai pembantu peribadi (PA) usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya mengumumkan yang dia kini sudah berhenti bekerja.
Diyla mengucapkan selamat tinggal kepada majikannya itu selepas 12 tahun berkhidmat.
@_diylajazz Berakhirlah Perjalanan saya bersama Dsv,Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas,Terima kasih untuk segala Jasa,atas segala untuk ajar,Tamat sudah perjuangan saya untuk Bisness Dsv,Saya doakan Dsv terus kuat untuk kedepan hari,this okey,hilang saya sorang Ramai lagi di belakang Dsv yang Baik Baik,akhir kata Terima kasih Dato Seri vida Sang pari pari saya#diylajazz #khilafdiylajazz #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca ♬ Khilaf – Faiz Aizif & Diyla Jazz
“12 tahun kita bersama, jatuh bangun, suka duka…struggle untuk perniagaan. Terima kasih DSV,” tulisnya di TikTok bersama lampiran bergambar.
Berakhirlah perjalanan saya bersama DSV. Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas. Terima kasih untuk segala jasa, atas segala untuk ajar.
“Tamat sudah perjuangan saya untuk bisnes DSV. Saya doakan DSV terus kuat untuk ke depan hari, this okey, hilang saya sorang ramai lagi di belakang DSV yang baik baik.
“Akhir kata terima kasih Dato Seri Vida Sang pari pari saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil disusuli beberapa hashtag.
@_diylajazz Untuk menjaga banyak hati terlalu susah,Untuk menghargai juga sangat susah,ucapan ni ikhlas Dari saya untuk Dsv,Maafkan,ikhlaskan.. #diylajazz #khilaf #xyzbca #viral #fyp#fypage#tiktok#esekeli ♬ original sound – Diylajazz
Minggu lalu, Diyla menerima perhatian netizen apabila dilihat tidak lagi bertudung selepas melancarkan single duet bersama influencer, Faiz Aizif berjudul Khilaf.
Artikel Berkaitan;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini