Ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam ada meluahkan rasa syukur dan gembira apabila menerima wang belanja daripada anaknya lalu berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nani, dia berasa syukur kerana dikurniakan anak soleh dan solehah di samping mendoakan agar anaknya dikurniakan rezeki yang luas dan mendapat kebaikan dunia akhirat.
“Alhamdulillah Rezeki dari Allah melalui anak anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kahtiran @haniszalikha setiap bulan bagi belanja buat mama.
“Semoga luas rezeki serta medapat kebaikan didunia dan diakhirat. Amiiin ya Mujib ya Arhamma Rohimin. Love u till Jannah,” tulisnya.
Bagaimanapun, niat baik Nani telah disalah ertikan oleh netizen lalu memberikan komen negatif terhadap perkongsiannya itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Nani itu riak dan berlagak kerana ‘menayangkan‘ sejumlah wang di media sosial.
Foto: Instagram Nani Rostam