Pengacara, Bella Zahir mengakui tersinggung selepas mendedahkan ada pihak yang mempersoalkan mengenai perubahan bentuk badannya yang kini dikatakan nampak agak berisi.
Jelas Bella, kenyataan tersebut nyata menyentak hatinya lalu membuatkan dirinya kelu dan terdiam buat seketika.
Katanya lagi, dia menerima komen negatif tersebut selepas memuat gambar ketika sedang mengacarakan majlis pelancaran koleksi baju raya keluaran pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.
“Semalam ada orang cakap dia tak nak makan takut gemuk macam i.
“Sis tersentap sekejap sampai tak tahu nak reply apa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Bella menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Jelas pengacara yang sinonim dengan program jualan langsung itu lagi, dia telah menerima komen-komen seperti itu hampir setiap hari dan dia juga berasa agak kecewa kerana masih ada segelintir pihak yang tidak sensitif dengan isu ‘body shaming’ ini.
“Setiap hari akan ada orang cakap i gemuk. Dah la, no need to point the obvious. I can point the obvious too — your stewpeediti.
“She was referring to last night’s photo :’)” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella selain turut menyifatkan tindakan ‘body shaming’ itu sebagai tidak wajar.
Sumber: Instagram Neelofa & Bella Zahir, Twitter Bella Zahir.