Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak berkongsi rutin terbarunya kini dengan mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.

Bintang berusia 32 tahun tidak kisah bersengkang mata, demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.

Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.

“Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.

“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.

Ads

“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

“Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun “Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun

Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

Ads

“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.

“Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.

“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu Amir menambah, seperti kebanyakan awam lain, dia juga turut terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.

“Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun “Setiap Hari Turun Niaga Jam 11.30 Pagi Hingga 6.30 Petang, – Amir Raja Lawak Cari Rezeki Jual Air, Tak Kisah Orang Anggap Apa Pun

“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI