Pelakon yang sinonim menerusi drama bersiri Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenai sebagai Z Zamri baru sahaja menyambut cahaya mata kelimanya.
Bagaimanapun, bayi perempuan yang dilahirkan seberat 2.8 kilogram itu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah SWT.
Foto berkaitan turut dikongsikan bintang ini menerusi salah satu posting di Instagram.
Memetik Harian Metro, Zamri,45, menjelaskan, perkara unik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas permata hati yang diberi nama Faizatul Azwin Mohd Zamri itu dilahirkan.
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, ia hanya disedari isterinya sehari kemudian ketika mahu menyusukan anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya lagi.
Zamri pada masa sama turut berkongsi, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin anak bongsu mereka.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi.
“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” kata pelakon asal Tumpat, kelantan itu lagi.
Foto: Instagram Z Zambri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI