Pernah terlibat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi tidak berapa lama dulu, Tasha Manshahar membuat keputusan untuk mengundur diri dari kerjaya sedemikian beberapa tahun lalu.
Lebih fokus dalam bidang pendidikan sebagai profesion guru, Tasha akui tugas tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.
“There are times saya mengeluh penatnya jadi cikgu. Penatlah mengajar. Penatlah handle budak nakal. Penatlah tanda buku. Penatlah buat ringkasan. Kena pam susu in between classes lagi. Penatlah.
“But bila fikir balik, it’s not only me yang penat. Semua org penat. Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri. Even yg full time housewife lagi penat! Semua orang penat. Bezanya kita syukur atau tak je dengan nikmat penat tu,” kongsinya.
Tasha sebelum ini memulakan kerjaya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka pada Jun 2016.
Ads
“Dulu sebelum posting, I was really afraid of sekolah mana yg saya akan posting. Melaka BUKAN negeri pilihan saya. Also I didnt expect yang saya akan dihantar bertugas di Sekolah Rendah Arab. But indeed, Allah is the best planner.
“Banyak sangat hikmah. Sekolah saya kecil, tepi sawah. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luarbiasa. Kawan-kawan sekolah sporting, happening. Barisan pentadbir hebat. Staff-staff sokongan baik. Saling membantu, saling memerlukan, saling memajukan. Alhamdulillah untuk nikmat dikelilingi orang-orang yang baik. I’m proud that I’m a teacher.
“Video ni masa jalan kaki dengan kawan-kawan cikgu dari sekolah nak ke checkpoint jaga murid merentas desa pagi tadi. Bakar kalori sikit,” tulisnya.
Penyanyi Shila Amzah mengumumkan yang dia kini berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan Shila dan suaminya, Ubai menerusi platform Instagram, sebentar tadi.
“Ada sebab kami baru beritahu sekarang. Kami nak kehamilan ini smooth pada awal kehamilan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala-galanya… sepanjang kehamilan ini,” katanya.
Perkongsian berkenaan pantas menerima perhatian peminat dan rakan selebriti yang masing masing turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Selepas kira-kira tiga tahun menyimpan rahsia penyakit misteri yang dihadapi anaknya, biduanita Uji Rashid, akhirnya membuat pendedahan ekslusif mengenai kisah malang yang menimpa pelakon, Cico Harahap, 41.
Menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian? yang bersiaran selama 1 jam di platform Facebook rasmi Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Datuk Dr Prof Muhaya jam 5 petang semalam (Khamis), bintang yang sinonim dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir.
Sebaliknya, Uji mendakwa Cico telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.
“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.
Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan dan hingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.
Sepanjang tiga tahun mengharapkan agar Cico segera sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Antaranya, Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga anaknya itu.
“Hidup kami memang susah, hanya SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.
Meksi dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, namun beliau percaya berkat menjaga arwah ibunya, ia banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.
Sementara itu, Datuk Dr Prof Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.
“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufimengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.
“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggilintrospeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.
“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerimaujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.
“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” katanya.
Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, redha, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.
“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.
Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin yang diterbitkan sejak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti seperti Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.
Bagaimanapun edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021.
Antara produk yang akan dilancarkan adalah telekung dan khimar, bagimempersiapkan wanita dalam keadaan sempurna saat menunaikan ibadah solat. Kesemua produk ini boleh didapati menerusi laman web, www.muhayyamagical.com.
Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor popular, Shaheizy Sam menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, Syatilla Melvin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di Hospital KPJ Ampang Putri, Kuala Lumpur pada Isnin.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sam menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut pelakon filem Polis Evo itu lagi, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa korang.
“Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sam turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
Menerusi entri yang sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi foto-fotonya bersama isteri serta anak bongsunya itu selepas selesai proses bersalin.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Sam dan Syatilla.
“Alhamdulillah. Tahniah Abang Sam dan Kak Tila. Selamat datang ke dunia Si Kecil.
“Tahniah Shaheizy dan Tilla. Semoga baby sihat-sihat hendaknya.
“Selamat berpantang Tilla. Tahniah.
“Semoga Bubu dan baby sihat sentiasa.
“Alhamdulillah dan tahniah baby Syawal,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Sam dan Tilla mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!