Menewaskan enam peserta lain, Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 5 (GV5).
Pada malam final, Noryn membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi Realiti itu membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Ads
“Syukur, setiap yang Kau berikan ada rahmatnya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada juri, Astro, ibu bapa dan anak saya. Terima kasih pada rakan artis dan peminat yang menyokong.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara GV terbaru.
Sementara itu, Dia Fadila pula berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort serta piala Gegar Vaganza, di tempat kedua.
Tempat ketiga yang dirangkul Zamani membolehkan penyanyi ini membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, piala selain penginapan di Royal Chulan & Resort.
Ads
Tempat keempat yang diraih Amelina dan dia membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Hotel Royal & Resort dan pialala kemenangan.
Tempat kelima yang dimenangi Maya dan penyanyi Matahari ini berjaya memenangi wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan & Resort.
Manakala kumpulan duo, Billy Zulkarnain ditempat keenam sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala.
Ads
Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan Datuk DJ Dave bersama Jow Flizzow dan bertindak sebagai sebagai juri jemputan.
GV5 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi oleh Zamani. Bintang ini sudah pun memenangi hadiah sama sebanyak tiga kali sepanjang GV5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Krishnah Gravidez dari Baguio City telah diangkat sebagai Miss World Philippines yang baharu, menggantikan Gwendolyne Fourniol yang merupakan pemenang sebelumnya.
Dalam pertandingan yang berlangsung gilang gemilang itu, gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 32 peserta lain dan cemerlang turut unggul dalam kategori gaun petang, pakaian renang dan peserta paling fotogenik.
Dalam salah satu sesi soal jawab yang menjadi penyumbang kepada kemenanngannya, dia ditanya sama ada keterangkuman harus menjadi keutamaan dalam pertandingan ratu cantik, dia menjawab dengan begitu yakin.
“Dunia ratu cantik ialah platform di mana kami mengekspresikan diri kami sebagai wanita dan lelaki dan saya rasa ini adalah platform yang hebat untuk kami mempromosikan advokasi kami, ideologi yang kami perjuangkan dan perkara yang kami lakukan, cinta.
“Jadi apa yang saya fikir dalam dunia yang berkembang, kita sebagai manusia, harus berkembang juga,” ujarnya ringkas dan padat.
Sebelum menyertai Miss World Philippines 2024, Krishnah terlebih dahulu dinamakan sebagai Miss Charm Philippines 2024 selepas menamatkan saingan Miss Universe Philippines 2023 sebagai finalis top 5.
Walaupun begitu dia melepaskan gelaran itu demi menyertai pertandingan Miss World Philipines 2024. Ternyata percaturannya berbaloi apabila terus memenangi anugerah utama sekaligus berpeluang mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa.
Sedikit latar belakang mengenainya, Krishnah dilahirkan pada 11 Oktober 2000. Dia merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan awam di University of Northern Philippines.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Nana Mahazan tetap meluangkan masa bersama suami tercinta meski sibuk dengan kerjayanya.
Menerusi entri Nana di laman Instagram, bintang beranak dua itu ada berkongsi momen percutian bersama suami, Raqeem Brian.
Difahamkan, pasangan sama cantik sama padan ini telah bercuti di kota Amsterdam.
“Always good to be back in Amsterdam.. org org dia friendly, baik, ramai org org cool bawak basikal, dress up pun lawo.. chill n relax.. definitely one of my fav city! #nananafunfamholidays,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut memuji pasangan ini yang kelihatan sangat secocok dan romatis bersama.
Untuk rekod, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumah tangga bersama Raqeem Brian Abdullah 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim sepakat memberikan nama Petra Pekin buat anak sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Perkara tersebut dikongsikan Mona Allen menerusi salah satu perkongsian yang dibuat menerusi Insta Stories baru-baru ini.
“Welcome home anakku… Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy & Mummy love you,” tulisnya.
Sementara itu menerusi platform sama, dia turut berkongsi momen proses bersalin sekaligus menyifatkan kehadiran rezeki zuriat sebagau anugerah yang paling indah.
“Anugerah terindah. Thank you DR Kam and her team at @andorrahospitalofficial, service terbaik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Memetik Pa&Ma, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim yang bersyukur atas kelahiran anak lelakinya bagaimanapun tidak menyangka Petra Pekin dilahirkan pada Hari Merdeka.
“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.
“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.
“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.
“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya yang turut memaklumkan isterinya bersalin secara normal.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...