“Setiap Yang Berikan Ada Maknanya…,” – Noryn Aziz Diumum Sebagai Juara GV5

Share

Menewaskan enam peserta lain, Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 5 (GV5).

Pada malam final, Noryn membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi Realiti itu membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

“Syukur, setiap yang Kau berikan ada rahmatnya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada juri, Astro, ibu bapa dan anak saya. Terima kasih pada rakan artis dan peminat yang menyokong.

“Terima kasih atas doa semua,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara GV terbaru.

Sementara itu, Dia Fadila pula berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort serta piala Gegar Vaganza, di tempat kedua.

Tempat ketiga yang dirangkul Zamani membolehkan penyanyi ini membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, piala selain penginapan di Royal Chulan & Resort.

Tempat keempat yang diraih Amelina dan dia membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Hotel Royal & Resort dan pialala kemenangan.

Tempat kelima yang dimenangi Maya dan penyanyi Matahari ini berjaya memenangi wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan & Resort.

Manakala kumpulan duo, Billy Zulkarnain ditempat keenam sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala.

Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan Datuk DJ Dave bersama Jow Flizzow dan bertindak sebagai sebagai juri jemputan.

GV5 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Terdahulu, Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi oleh Zamani. Bintang ini sudah pun memenangi hadiah sama sebanyak tiga kali sepanjang GV5.

Published by
Amynur Akmal