Penyanyi, Azharina berkongsi foto ibunya yang dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital di Putrajaya di laman Instagramnya, hari ini.

Dalam foto itu juga kelihatan Azharina sempat ‘bertugas’ menjaga ibunya di hospital, katanya itu merupakan salah satu pengorbanannya buat ibu yang telah membesarkannya selama ini.

Dia yang juga merupakan juara Gegar Vaganza musim ke-3 memohon doa daripada netizen agar ibunya cepat sembuh.

“Setinggi mana pencapaian kita di dunia ini , sekaya mana kita , tiada nilainya dengan pengorbanan seorang Ibu yang melahirkan dan bergadai nyawa buat kita anak anak Manusia.

Ads

“Hargai mereka selagi mereka bernyawa dan sebelum terlambat buat kita .. semoga Mumy cepat sembuh . Doa dari anak anak dan keluarga senantiasa buat mumy,” tulisnya di kapsyen.

Ads

Dalam pada itu, di ruangan komen juga turut dipenuhi doa-doa dan ucapan daripada netizen buat penyanyi lagu Elergi Sepi itu.

Ads

“Setinggi Mana Pencapaian Kita Di Dunia Ini, Tiada Nilainya Dengan Perngorbanan Seorang Ibu,” – Ibu Azharina Dimasukkan Ke Di Hospital, Titip Doa Moga Diberikan Kesembuhan “Setinggi Mana Pencapaian Kita Di Dunia Ini, Tiada Nilainya Dengan Perngorbanan Seorang Ibu,” – Ibu Azharina Dimasukkan Ke Di Hospital, Titip Doa Moga Diberikan Kesembuhan “Setinggi Mana Pencapaian Kita Di Dunia Ini, Tiada Nilainya Dengan Perngorbanan Seorang Ibu,” – Ibu Azharina Dimasukkan Ke Di Hospital, Titip Doa Moga Diberikan Kesembuhan

Apa-apapun, moga-moga ibu Azharina cepat sembuh ya dan dipermudahkan semuanya.

Foto/Instagram: Azharina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI