Pelakon Elisya Sandha mengakui membawa watak sebagai seorang atlet profesional bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila harus bergandingan bersama bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin.
Menurut Elisya, segala aspek harus diambil kira bagi membuatkan lakonannya itu nampak lebih nyata dan bersahaja.
Lantaran itu, bintang berusia 22 tahun ini mendedahkan dirinya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani latihan bersama jurulatih peribadi bagi memantapkan tekniknya didalam sukan tersebut.
“Cabaran yang saya lalui mungkin untuk mahirkan diri dalam sukan boling. Jika Syaidatul Afifah dia zero dalam bab lakonan, saya pula zero dalam sukan ini.
“Jadi, saya membuat insiatif sendiri dengan mencari personal coach supaya saya tidak nampak kekok.
“Seperti semua tahu, saya harus berlakon bersama bekas pemain boling negara. Jadi untuk saya ‘catch up’ dengan level Syaidatul, saya kena lebihkan latihan.
“Walaupun masa latihan tidak panjang tapi alhamdulillah ketika di set pun Syaidatul banyak beri tunjuk ajar. Saya memang saya tak berhenti berlatih.
“Bila saya dah belajar serba sedikit, barulah saya tahu sukan boling ini amat menyeronokkan,” tulisnya.
Adik kepada pelakon, Fasha Sanda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Ratu Ten Pin yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Elisha turut memaklumkan antara momen yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika kakinya dihempap bola boling sewaktu sesi pengambaran sedang berlangsung.
“Kepayahan saya sewaktu di set adalah ketika saya dah biasakan diri dengan peralatan khas boling, saya terpaksa tukar kepada peralatan biasa kerana dalam drama ini saya bermula sebagai seorang yang baru berjinak dalam sukan ini.
“Jika sebelum ini saya bermain menggunakan kasut khas, tapi bila start shooting saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling.
“Kasut-kasut tersebut kebanyakannya dah kesat. Disebabkan saya tak biasa, ada satu ketika sewaktu saya nak melontar, bola pula terjatuh dan himpap buku lali saya. Biru jadinya.
“Tapi saya bersyukur kerana kecederaan itu tidaklah terlalu serius. Hanya makan masa dua hari untuk pulih sepenuhnya,” jelasnya lagi.
‘Ratu Ten Pin’ bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 28 Jun 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Malah, ia juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Selain Elisya dan Syaidatul, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nazim Othman, Fifi Azmy, Sheila Rusli dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI