Pelakon, Shima Anuar berkongsi detik cemas selepas dikatakan terjatuh di dalam rumahnya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahinya.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, dahi Shima dilihat telah terkoyak dah dia tidak ingat bagaimana kejadian sebelum insiden tersebut boleh berlaku.

 “My husband ingat I dari bilik the kids. Tu yang ingat kena bucu pintu. But actually I pergi toilet and rasa nak pitam. So I think sama ada kena bucu almari or dinding. Sewel jap tak ingat apa,” tulisnya.

Melihat di ruangan kapsyen pula, Shima menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaannya itu.

Ads

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan dia hanya dirawat oleh suaminya kerana bimbang untuk berjumpa dengan doktor.

“I’m good alhamdulillah. Don’t worry. Still ingat macam mana nak buat @laksambys hahaha! Takpe sabtu ahad tak buat laksam, so boleh rest. I will keep this video here just in case korang ada incident macam ni kat rumah and tau apa nak buat.

Ads

“I tak pegi clinic pun sbb takut kena jahit ke apa ke. So far semua ok dah. Thank you for your concern everyone!,” kongsinya lagi.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kecederaan tersebut selain turut memberikan tips dan nasihat untuk menjaga luka tersebut.

“Sewel Jap Tak Ingat Apa,”- Dahi Shima Anuar ‘Terbelah’ Gara-Gara Pitam Di Rumah, Elak Pergi Klinik Sebab Takut Kena Jahit “Sewel Jap Tak Ingat Apa,”- Dahi Shima Anuar ‘Terbelah’ Gara-Gara Pitam Di Rumah, Elak Pergi Klinik Sebab Takut Kena Jahit

Sumber: Instagram Shima Anuar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI