Penyanyi Shila Amzah, 31, mendedahkan dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami, Haris Idraki Elias sejak dua bulan lalu selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Shila berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram hari ini selain turut memaklumkan mengenai situasinya yang turut terjejas akibat banjir.

Bintang itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Saya sentiasa menunjukkan wajah gembira.. Orang tidak tahu perjuangan saya dan saya sedang bergelut dengan susah payah sekarang.

Ads

“Dah dua bulan sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang dirumah mak abah Di langat,” tulisnya.

Dia pada masa sama mengakui, telah pun menfailkan perceraian namun masih dalam proses.

“Sha dah file cerai. Tapi malangnya masih dalam proses sebab dia decide nak prolong benda ni. Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi malah cuba sedaya upaya untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, Shila yang turut terkesan akibat banjir di Hulu Langat, Selangor yang mana rumah ibu bapa yang didiaminya sekarang turut terjejas dan mereka sekeluarga terpaksa menumpang teduh dirumah saudara.

“Sekarang bila tengok rumah Di langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sgt, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi skrg kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha.

Ads

“Sha ada rumah kat cyber pun tak selesa nak balik Sebab si dia masih berada Di rumah sha. Seth tak selesa..sha pun tak selesa.

“Kesian satu family sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu..how i wish I can go back to my cyber house..boleh lah return the favour dekat my parents. Doakan sha and family ya. Allahuakhbar! Dugaan Demi dugaan,” tulis Shila lagi.

Untuk rekod, penyanyi lagu Patah Seribu ini berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 dan mereka dikurniakan seoranga cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang berusia 1 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI