Categories: Uncategorized

Shaa Teruja Sambut Syawal Pertama Sebagai Selebriti

Share

Buat pendatang baru dalam industri seni, Shaa yang popular dengan lagunya, Pertama Kali mengatakan tahun pertamanya beraya sebagai seorang selebriti ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, dia mengatakan sebelum ini mungkin dirinya tidak mempunyai ramai kenalan dan selepas bergelar artis dirinya mula dikenali ramai dan itu membuatkan rayanya menjadi lebih meriah.

“Sebelum bergelar artis mungkin Shaa tak mempunyai ramai kenalan tapi kini ramai orang semakin mengenali Shaa dan ia menjadikan raya Shaa lebih meriah,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia akan membuat rumah terbuka pada tahun ini atau tidak, Shaa berkata dia akan mengadakan rumah terbuka di rumahnya yang terletak di Kuala Kedah, Kedah dan menu utamanya adalah Nasi Ayam Percik.

Tidak meriahlah hari raya jika tidak bermain bunga api bagi menambah ceriakan sambutan hari raya, Shaa juga tidak terlepas dengan kenangan bermain bunga api.

“Mestilah pernah main tapi tak pernah lah sampai cedera sebab Shaa tak main mercun yang bahaya-bahaya tu sebab Shaa suka jaga anak-anak buah jadi Shaa tak main yang bahaya,” ujarnya.

Juadah hari raya yang menjadi kemestian bagi Shaa dan perlu ada di pagi raya adalah rendang daging air tangan ibunya.

“Rendang daging mak, sebab mak Shaa masak memang sedap dan air tangan mak tak ada siapa yang dapat tandingi,” ujarnya lagi.

Air tangan ibu pastinya tiada siapa yang boleh tandingi. Dikesempatan ini kami dari team MH Online ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Shaa dan keluarga. Semoga lebaran kali ini menjadi lebaran yang terindah buat Shaa.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

Published by
Izzati Ramli