Saya akui sudah berkahwin tetapi tidak berniat untuk merahsiakannya daripada orang ramai.” Itu pengakuan penyanyi, Syafiq Farhain, 28, berkenaan status dirinya yang dikhabar sudah berkahwin sebelum ini.
Syafiq bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai perkahwinan yang telah pun berlangsung.
“Apa yang saya boleh katakan, memang saya sudah berkahwin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu di Terengganu.
“Sebenarnya orang yang rapat dengan saya semua tahu cuma saya tidak menghebahkan perkara itu kepada umum. Tapi kalau ada orang tanya, saya jawablah,” katanya kepada Media Hiburan.
Syafiq ditemui di majlis iftar anjuran Rusa Music dan MVM di Puchong, Selangor pada Khamis.
Dalam pada itu, Syafiq memberitahu , gadis pilihannya merupakan pengurusnya yang juga berasal dari Terengganu.
Ditanya sama ada dia enggan mendedahkan status dirinya kerana takut mengganggu kerjayanya, jelas Syafiq, dia menafikan perkara tersebut.
“Bukan tak mahu dedahkan tapi saya rasa masanya belum sesuai sekarang. Mungkin bila dah tiba masanya, saya akan beritahu secara terperinci,” katanya.
Terdahulu, nama anak Allahyarham Saleem itu tular selepas dikatakan telah berkahwin namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syafiq Farhain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI