Pelakon, Shahrizal Jaszle atau sebelum ini menggunakan nama Shahz Jaszle mendedahkan, dia pernah ditegur oleh beberapa produksi.

Bagaimanapun teguran yang diterima bukan disebabkan masalah disiplin tetapi sebaliknya masalah berat badan yang meningkat sejak dia mendirikan rumah tangga pada 2015.

Ads

Bahkan ujar aktor berusia 29 tahun ini, disebabkan berat badannya meningkat hampir 20 kilogram (kg) daripada berat asal, ia turut memberi kesan terhadap kariernya.

Ads
Ads

“Dulu abang saya pernah berkata, berat badan saya pasti akan meningkat selepas berkahwin tapi saya tak percaya.

 

“Tapi ternyata kata-kata dia benar bila selera makan saya bertambah sejak berkahwin dan menyebabkan berat badan saya pernah mencecah 82 kg daripada 65 kg.

 

“Disebabkan itu, banyak produksi tak dapat ambil saya berlakon kerana tiada watak yang bersesuaian dan mereka juga minta saya untuk turunkan berat badan.

 

“Kalau ada yang sesuai pun, hanyalah watak sampingan sahaja,” akuinya.

Menyedari kesilapan dirinya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini tekad ini mengurangkan berat badan sejak enam bulan lalu dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat.

“Tidak dinafikan agak sukar untuk saya menurunkan berat badan kerana saya seorang yang suka makan. Tapi demi kerjaya dan kesihatan saya tekad juga walaupun ada ketikanya saya ‘tergelincir’ juga.

 

“Alhamdulillah usaha saya menampakkan hasil apabila berat saya mula turun dan saya menyasarkan untuk mendapat berat 70 kg,” katanya.

 

Tambah Shahrizal, biarpun perlu menurunkan berat badan, namun dia tidak mengambil jalan mudah dengan mengamalkan produk pelangsingan badan.

 

“Saya memang tak percaya langsung dengan produk kurus kerana kita tak tahu apa kesan sampingan pada masa akan datang.

 

“Orang kata biar lambat asal selamat. Jadi saya lebih rela bersenam dan berdiet daripada menghadapi masalah lain di kemudian hari,” tegasnya.Shah Jaszle Diminta Kuruskan Badan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI