Aktor, Shaheizy Sam dilihat seakan-akan memberi isyarat kepada isteri yang juga merupakan seorang pelakon, Syatilla Melvin mengenai hasratnya untuk menambah lagi bilangan cahaya mata.
Sam telah berkongsi mengenai hasratnya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Melayan kerenah yg seorg ni pun dah huru-hara, macamana nak melayan yg bakal 10 org lagi?” tulisnya.
Tambah Sam, menjadi persoalannya ketika ini bagaimana dia ingin melayan lagi 10 orang anak sedangkan yang seorang pun sudah mempunyai banyak ragam.
Dalam pada itu, Syatilla turut dilihat memberikan respon yang lucu mengenai entri berkenaan di ruangan komen.
“Wife awak beranak ikut pusat ka sampai nak 10 orang?” soal Syatilla
Bagi MH, tak salah kalau Sam berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata, lagi pun Baby Syeriv mesti sudah tidak sabar lagi ingin dikurniakan seorang adik.
Semoga pasangan ini dikurniakan anak yang ramai serta rezeki yang melimpah ruah. Amin!