Penyanyi Shahir Zawawi, menyatakan rasa tumpang gembiranya selain sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya, pelakon, Erra Fazira biarpun tidak pasti kesahihan dakwaan sudah berkahwin dengan ahli politik.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata, tiada perasaan kecewa atau terkejut ketika mendengar perkhabaran itu.

“Saya ada mendengar mengenai gosip yang timbul namun tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Apatah lagi saya sibuk dengan urusan kerja harian dan perniagaan yang diusahakan.

“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan apabila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira. Jadi, saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, itu perkara baik.

“Bukannya kena tangkap. Kalau perkara baik, tak perlu terkejut. Apa yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Ads

Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah, Hijrahkan Laguku, baru-baru ini.

Terdahulu, timbul desas desus mendakwa Erra sudah bergelar isteri kepada ahli politik yang juga menteri dalam kabinet awal Oktober lalu.

Ads

Kontroversi mengenai berita itu mula menjadi bualan apabila seorang pengguna akaun Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah bergelar isteri kedua kepada ahli politik itu.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, bagaimanapun menafikan gosip yang bertebaran dan menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal.

Sementara itu, juara Akademi Fantasia 8 itu menjelaskan tidak mahu memikirkan soal cinta dan meletakkan keutamaan kepada kerjaya seninya saja.

Ads

Shahir: “Bagi Saya, Kalau Dia Kahwin, Itu Perkara Baik.”“Saya mempunyai masalah untuk fokus kepada dua tiga perkara, jadi kalau boleh saya tidak mahu apa-apa gangguan yang membuatkan fokus saya lari.

“Sekarang saya masih belum ada kekasih dan juga belum berkahwin. Buat masa ini saya tidak mencari dan kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja.

“Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah,” katanya lagi seperti yang dipetik.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI