Penyanyi Shahir Zawawi memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Jaskin Jaludin pada 2 September ini bertempat di Subang Jaya, Selangor.

Memetik Harian Metro, Shahir berkata dia berdebar untuk melangkah ke fasa seterusnya namun dalam masa yang sama teruja bakal menerima keluarga baharu.

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.

“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.

Shahir Zawawi Naik Pelamin Jumaat Ini, Berdebar Tunggu Hari Bergelar Ketua Keluarga

Ads

Menurut penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, semua persiapan sudah pun disediakan dan cuma menunggu hari untuk diijabkabulkan pada Jumaat ini.

“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni.

“Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya.

Ads

Shahir Zawawi Naik Pelamin Jumaat Ini, Berdebar Tunggu Hari Bergelar Ketua Keluarga

Shahir dan bakal suri hatinya akan diraikan dalam satu resepsi di lokasi sama dengan pernikahan, pada keesokan hari iaitu 3 September.

Terdahulu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kelapan itu telah mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga tunangnya di Tawau, Sabah.

Ads

Sebelum ini, Shahir turut pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Shahir Zawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI