Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin pada malam Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche dengan sekali lafaz disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai  di Bizmilla Grand Ballroom, Subang Jaya kira-kira jam 9.10 malam.

Dalam majlis itu, Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM20,000.

Shahir Zawawi ‘Off Market’, Sah Bergelar Suami Jaskin Jaludin

Shahir turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Ads

Shahir meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang datang dari Kampar, Perak dan Tawau, Sabah.

“Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Ads

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri 300 tetamu termasuk ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan rapat kedua mempelai.

Shahir Zawawi ‘Off Market’, Sah Bergelar Suami Jaskin Jaludin

Terdahulu, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengikat pertunangan dengan usahawan merangkap pemilik butik asal Sabah berusia 30 tahun itu pada 16 Julai lalu selepas dua bulan berkenalan.

Ads

Shahir mengakui Jaskin atau mesra disapa Ekin adalah wanita yang mempunyai ciri suri pilihannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI