Penyanyi, Shahir Zawawi mendedahkan dia dan isteri pernah berpindah ke Medinah, Arab Saudi pada tahun lalu bagi memulakan fasa hidup yang baharu.
Bagaimanapun, Shahir terpaksa pulang semula ke tanah air berikutan keadaan bapanya yang kurang sihat.
“Selepas berkahwin tahun lalu, saya pernah ada cubaan untuk berpindah ke Arab Saudi. Malah, kami sebenarnya sudah pun berpindah dan duduk di Madinah.
“Namun, ada beberapa hal yang membuatkan saya terpaksa kembali ke Malaysia dan antaranya adalah keadaan bapa saya yang tak berapa sihat.
“Ketika awal-awal berada di dalam industri, saya bercita-cita besar dan buat macam-macam perancangan untuk kembangkan kerjaya.
“Namun, bila sudah semakin berusia, saya terima sahaja apa yang Allah berikan,” katanya kepada MH.
Ads
Jelas Shahir, dia kini masih lagi memenang harapan untuk kembali berpindah ke Madinah dan memulakan perniagaan di sana.
“Saya ada seorang rakan yang telah lama tinggal di sana. Jadi, saya rasa lebih mudah nak berpindah. Saya masih memasang hasrat untuk kembali ke sana.
“Kalau ikut hakikatnya, saya memang sengaja nak hidup di Madinah. Mengenai bisnes itu, ia sekadar untuk menyara diri. Takkan saya nak duduk sahaja.
Ads
“Lagipun, saya bukan warga negara sana nak duduk senang lenang. Harapannya adalah untuk dekat dengan Tanah Haram,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, hasratnya untuk berpindah ke Tanah Suci adalah untuk membersihkan hati dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Dahulu, saya ada pasang niat nak ke Mekah tapi Allah tak izinkan. Saya percaya di Mekah dan Tanah Haram ini, kalau tiada jemputan walaupun kita ada banyak duit, memang tidak akan sampai.
Ads
“Saya juga pernah diberikan tiket umrah percuma. Namun, bila terlalu sibuk dengan urusan dunia, saya terlupa nak tebus tiket itu.
“Bila berpindah ke sana, saya nak sucikan hati. Di dunia sekarang, saya merasakan kita terlalu bergantung kepada manusia. Bila buat sesuatu kita mengharapkan pertolongan manusia.
“Jadi, bila saya berpindah ke Madinah tanpa membuat perancangan, saya memang nak betul-betul meletakkan kebergantungan itu kepada Allah,” akhirinya.
Terdahulu, Shahir baru sahaja membuat kemunculan semula dengan melancarkan single terbaharu yang berjudul Aksara.
Juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu juga kini bernaung di bawah syarikat pengurusan baharu, World Peace Entertainment.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat pertama kali, penyanyi Shiha Zikir tampil berduet dengan kakaknya, Ieda Zikir, menerusi sebuah lagu raya berjudul Tum Tum Raya.
Demi memastikan hasil berkualiti, Shiha tidak menafikan pihaknya sanggup melabur hingga ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik serta kempen promosi lagu tersebut.
Berhabis Demi Kualiti
Tidak mendedahkan kos sebenar penerbitan, Shiha bagaimanapun bersyukur kerana ia mendapat sokongan daripada beberapa penaja terhadap karya ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan, dan dirinya sendiri itu.
“Ini antara muzik video termahal yang pernah dihasilkan. Saya tidak mahu kongsikan kosnya berapa, tapi ia antara paling tinggi.
“Apa pun, saya berpuas hati dengan hasilnya, lebih-lebih lagi apabila mendapat kerjasama yang baik daripada rakan penaja,” katanya.
Juara Famili Duo 4 ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tum Tum Raya di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas soal cabaran yang dihadapi sepanjang proses penggambaran muzik video (MV), Shiha menyifatkan koreografi tarian pelbagai, termasuk pergerakan yang memerlukan tempo perlahan sambil menyanyi antara paling sukar untuk dilakukan.
“Sekitar 50 peratus gerakan yang sangat perlahan bukan satu benda yang senang sebab menari kena perlahan sambil mulut menyanyi.
“Proses penggambaran bermula dari jam 8.00 pagi dan hanya berakhir pada 6.00 pagi keesokan harinya, namun Shiha dan kakak berpuas hati dengan hasil akhir yang diperoleh.
“Terima kasih juga buat pasukan Shiha Zikir Empire dan semua pihak yang terlibat dari awal hinggalah semuanya siap seperti yang diharap-harapkan,” katanya lagi.
Gabung Konsep Catchy & Elemen Unik
Dalam pada itu, Shiha menjelaskan lagu ini memiliki keunikan tersendiri selain MV juga melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi memastikan ia sesuai dengan tema yang dikehendakinya.
Malah, inspirasi menghasilkan lagu ini datang daripada pemerhatiannya terhadap trend pengguna TikTok yang cenderung memilih lagu berirama rancak sebagai latar belakang video mereka.
“Bila buka TikTok, kebanyakan lagu latar jadi pilihan lagu-lagu catchy. Jadi saya fikir, kenapa tidak saya cuba untuk tampil dengan lagu raya berirama yang menepati selera ramai pendengar,” katanya.
Shiha juga berharap agar lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan pendengar lagu Melayu tetapi turut menarik minat pelbagai bangsa untuk menikmati irama raya yang lebih segar dan moden sempena lebaran kali ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
“Anak-anak mengharap dan dalam doa mereka mendoakan agar kami tetap satu keluarga. Jadi saya rasa doa anak-anak pun turut termakbul. Alhamdulillah.”
Demikian kata aktres, Diana Danielle selepas ditanya mengenai sepasang anaknya bersama Farid Kamil, Muhammad dan Nur Aurora selepas melihat hubungan ibunya bersama bapa mereka kembali akrab.
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial baru-baru ini.
“Saya tidak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai apa yang berlaku sebab sejak proses di mahkamah lagi, saya cuba untuk tidak ulas panjang. Ia sesuatu yang peribadi dan libatkan hal-hal keluarga.
“Apa yang boleh saya cakap, saya terharu dengan doa yang baik-baik daripada orang sekeliling. Saya ada rasa sikit kelegaan terutamanya bagi pihak anak-anak.
“Bagi saya, kalau ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam hal melihatkan keluarga kita cubalah yang terbaik untuk cari penyelesaian.
“Bukan nak kata dulu tak ada kata sepakat cuma kadang kadang kita perlu lalui situasi yang berat barulah kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya diri kami,” katanya kepada MH.
Diana ditemui di Ujibakat DewiHero Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Ahad.
Ditanya sama ada dia dan Farid sudah kembali rujuk, pelakon filem Hanyut ini menyerahkan hal tersebut kepada Farid untuk memperjelaskannya.
“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.
“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski masih bersedih dengan pemergian bekas suaminya, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim, Didie Alias tidak lupa menitipkan ucapan istimewa buat suami, Norisham Ismail sempena ulang tahun ke-14 perkahwinan mereka pada Isnin.
Berkongsikan ucapan manis itu di laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzillah Mohd Ali, 51, berterima kasih di atas kurniaan dan pinjaman Tuhan terhadap dan mengharapkan agar umah tangga yang dibina mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Terima kasih Allah panjangkan umur kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14 tahun.
“Terima kasih pinjamkan @ishamdidie sebagai kawan, sahabat, pengurus, suami dan daddy untuk mummy (Didie) dan anak-anak.
“Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. Amin ya rabbal amin. Love you daddy, happy anniversary sayangku, 8.5.2023,” tulis Didie di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu juga, Didie turut mengepilkan beberapa foto serta video momen-momen indah mereka bersama sepanjang bergelar suami isteri sejak 14 tahun lalu.
Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti tidak ketinggalan merakamkan ucapan selamat ulang tahun buat pasangan ini.
“Selamat ulang tahun perkahwinan Kak Dee dan Abang Isham. Semoga rumah tangga yang dibina terus utuh dan terus bahagia hingga jannah. Amin,” titip penyanyi Datin Alyah.
“Semoga sampai syurga mummy,” komen pelakon Janna Nick.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur sangat-sangat. Happy anniversary untuk adik-adikku sayang. Moga kekal bahagia hingga ke nafas terakhir. Amin. Allahuma, tahniah,” coret pelakon Liza Abdullah
Untuk rekod, Didie dan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan berkahwin pada 8 Mei 2009.
Hasil perkahwinan, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sembilan tahun.
Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 30, Mohd Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...