Categories: Uncategorized

Shahrol Shiro Masuk Hospital, Bakal Jalani Pembedahan Resdung

Share

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro memaklumkan dirinya kini terpaksa dimasukkan ke hospital sebagai persediaan bagi menjalani pembedahan resdung.

Menurut Shahrol, penyakit yang dialaminya itu sebenarnya telah pun melarat sehingga menyebabkan dirinya sering kali mengalami kesukaran untuk tidur.

“Tuhan beri keizinan rehatkan diri ini sebentar. Maaf jika ada sahabat-sahabat yang contact tidak dapat seminggu ni.

“Sebelum operate pun boleh layan karaoke dengan staf-staf kat sini. Harap kalian happy.

“Saya jangkakan soalan yang lazim di komen ini. Sakit apa tu? Jawapannya : Sinus yang mengganggu setiap kali nak tidur,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak, Shiro itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, setelah sekian lama bekerja, mungkin ini adalah petanda untuk dia berehat seketika buat sementara waktu.

Dalam pada itu, pelakon filem, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini turut memuji seluruh staf hospital kerana telah menjaganya dengan baik setakat ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.

“Seram operation sinus ni. Semoga operation dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.

“Salam didoakan semoga Shahrol dipermudahkan dalam rawatan tersebut. Semoga cepat sembuh dengan izin Allah.

“Semoga lekas sembuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

“Get well soon bang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Shahrol ketik ini merupakan salah seorang selebriti yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan terutamanya buat para penduduk di daerah Kluang, Johor.

Sumber: Instagram Shahrol Shiro

Published by
Aizam Manaf