Pelakon Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi video itu rata-rata netizen merasa sebak melihat momen-momen manis Emma bersama anak-anaknya.
Emma turut mendedikasikan video itu buat anak sulungnya yang selama ini telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik.
“You will always be my firstborn, thank you sebab banyak ajar mama,” tulis Emma lagi.
Untuk rekod, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 31, mendirikan rumah tangga dengan Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.