Memasuki musim yang keenam, Gegar Vaganza 6 (GV6) akhirnya sudah pun didedahkan dalam satu sidang media khas di The Gardens Theatre, The Gardens Mall awal tadi.
Menepati ramalan, dua bintang senior Wann dan Sham Visa terpilih menyertai program realiti itu untuk musim terbaru.
Penyertaan dua penyanyi tersebut sekaligus melenyapkan spekulasi apabila nama mereka sering disebut-sebut menjadi peserta program popular itu kali ini.
Selain mereka, nah kami senaraikan 11 peserta lainnya.
Diperkenalkan pada 2014, GV mempertaruhkan barisan penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara.
Musim pertama program itu menobatkan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Aishah (musim keempat) dan Norynn Aziz sebagai juara terkini.
Sementara Jihan Muse dan Nabil Ahmad kekal sebagai hos program dan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri profesional.
GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorim Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9.00 malam.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana teruja apabila dia muncul sebagai antara model yang melewati pentas peragaan bersama anak perempuannya, Sumayyah buat pertama kali.
Tampil sedondon mengenakan persalinan merah jambu fuschia, keduanya tampil mempersona dengan koleksi Lady Bug dan LOM daripada Trishya & Co bernilai RM150,000.
Menurut Puteri Sarah, dia sememangnya penggemar barangan kemas dan mula mengumpulnya sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Saya memang suka emas dan ia salah satu pelaburan yang buat sejak remaja lagi. Namun begitu saya lebih tertarik pada rekaan yang moden yang boleh disuai padan dan rekaan Trishya & Co ini terutamanya LOM sangat menepati cita rasa saya.
“Saya juga buat pelaburan emas untuk Sumayyah kerana harga emas sentiasa meningkat, mungkin apabila Sumayyah sudah besar nanti harga emas waktu itu sangat mahal.
“Jenama Trishya & Co ini boleh pergi jauh dan saya berharap iamenjadi viral sebagaimana koleksi barangan kemas yang saya pernah pakai sebelum ini sehingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui Majlis Pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah yang diingati apabila bercerita mengenai emas, ibu kepada dua cahaya mata ini akui gelang lipan yang dipakai pernah Sumayyah hilang.
“Gelang lipan dipakai Sumayyah hilang, menangis saya. Kumpul duit dan bila sudah ada rezeki beli baru balik. Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh hilang, cuma ketika itu Hari Raya.
“Harga gelang bentuk itu untuk budak sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari baru sedar hilang. Iyalah sebelum ini kita ingat ia akan ada sahaja dekat tangan dia. Bila tersedar dan tanya, Sumayyah pun tak tahu.
“Saya anggap tak ada rezeki. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah. Pakai barang kemas bila perlu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, 56,berkata, pihaknya amat teruja dan sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama ini di peringkat antabarangsa.
“Kami di Trishya & Co amat berbesar hati menerima undangan ini yang diperkenalkan oleh sahabat saya juga merupakan peminat LOM. Kami berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa.
“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.
Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, pula menambah, dia terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaansinonim dengan imej sesebuah negara.
“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting, kebiasaannya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.
“Jadi saya terfikir, kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM.
“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu educate remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.
Ujarnya lagi, pelan simpanan emas secara bijak ditawarkan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan, kemudian pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co.
Bagi yang berminat memiliki barangan kemas jenama ini, boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau berkunjung ke dua cawangannya di Johor Bahru dan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak lebih-lebih lagi yang masih kecil dan memerlukan perhatian penuh daripada mereka.
Hal itu juga terjadi kepada pasangan selebriti Ayda Jebat, 30, dan Nabil Mahir, 34, yang terpaksa meninggalkan sebentar puteri sulung mereka, Ana Nayla demi tuntutan kerja.
Difahamkan Ayda dan Nabil kini berada di Taiwan kerana terikat dengan penggambaran program di sana selama dua minggu seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.
“Soon Mommy and Daddy Bil tinggalkan baby 15 hari, kerja luar Malaysia. How can we sleep without you baby?”
“Total will be 12 days jauh daripada baby. Baru saya dan @nabilmahir faham perasaan mak ayah yang tinggalkan anak lama dan jauh. Ni baru hari ke 4.. video call je meleleh air mata. Huhu. Mommy and Daddy Bil miss you alot. Sorry baby.
“Korang macam ni jugak tak? Kitaorang bawak bantal and selimut baby,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi satu video yang dikongsikan kawan baik Ayda, Ashryyyyy menerusi akaun Tiktok miliknya, memaparkan Ayda dan Nabil dalam keadaan sebak meninggalkan Nayla untuk satu tempoh masa yang panjang.
Malah, ramai netizen turut sebak melihat Nabil turut membawa bantal milik anaknya untuk melepaskan rindu.
“Tadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik Nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju.
@ashhryyyyyTadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju. Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa otw nak pergi airport dua dua dah melalak dalam kereta. Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya. Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata. Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin
“Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa on the way nak pergi airport, dua-dua dah melalak dalam kereta,” tulis Ashryyyyy.
Sekadar info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 15 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ayda Jebat, TikTok Ashryyyyy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!