
Baru-baru ini salah sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China telah melancarkan bilik menunggu buat para suami sementara isteri mereka shopping.
Bilik menunggu ini dilihat sangat menyeronokkan kerana di dalamnya terdapat kerusi urut, konsol permainan komputer dan TV. Namun dikatakan ianya akan dikenakan caj bagi tempoh tertentu.
Penyelenggara, Zhou Jun berkata, selalunya kaum lelaki akan berasa bosan menunggu isteri masing-masing jadi mereka menyediakan bilik ini untuk para suami berehat.
“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, justeru kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.
Zhou Jun berkata lagi, caj yang dikenakan untuk setengah jam adalah 20 yuan bersamaan RM13 dan bagi tempoh satu jam pula caj yang dikenakan adalah 30 yuan iaitu bersamaan RM19.
Menurut sumber, sejak bilik ini dilancarkan ianya mendapat sambutan yang baik daripada kaum lelaki malah kaum wanita juga menyambut baik idea ini.
Wah memang seronok lah para suami lepas ni dapat berehat sambil menanti isteri habis membeli-belah. Si isteri pun dah tak perlu bimbang lagi suami bosan kerana terpaksa ikut shopping.
Sumber: The Paper
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Surat Daripada Pihak Peguam Telah Dihantar, Elizabeth Tan Undur Diri Daripada Warner Music

Penyanyi, Elizabeth Tan megumumkan telah mengundurkan diri daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun.
Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang buat dirinya untuk terus fokus kepada kerjaya seni lainnya selepas ini.
“Saya ingin berkongsi yang mana saya sudah meninggalkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia selepas tiga tahun bersama mereka. Sejujurnya, keputusan dibuat ini bukan sesuatu yang mudah.
“Tapi, saya perlu teruskan kerana ingin beralih ke fasa baru dalam hidup. Selepas ini saya mahu beri tumpuan pula kepada minat yang lain dan tidak tertumpu kepada muzik semata-mata.
“Dalam erti kata lain, saya mahu melangkah keluar dari zon selesa selama ini iaitu selepas tujuh tahun menjadi penyanyi,” katanya.
Elizabeth yang selesa disapa Lizzy itu turut memaklumkan, kontrak bersama syarikat rakaman tersebut telah tamat pada bulan Februari lalu.
Bagaimanapun, bintang tersebut turut menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan hal berkaitan.
“Dari bulan Februari sehingga sekarang, berlaku sedikit kesukaran, ia masih lagi dalam proses dan keputusan ini saya buat untuk diri sendiri serta mahu keluar secara baik.
“Saya juga telah mengunakan khidmat peguam bagi untuk menyelesaikan perkara ini, jadi surat daripada pihak peguam telah dihantar kepada mereka beberapa bulan lalu.
“Namun, masalah ini masih berlarutan meski surat daripada pihak peguam telah dihantar,” katanya menerusi satu sidang media yang dilangsungkan secara virtual, hari ini.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Ini Takut Dan Risau Dengan Apa Yang Berlaku Pada Pendakwah Hari Ini,” – PU Amin

Pencetus Ummah (PU) Amin berharap pada hari Jumaat; penghulu segala hari ini membawa 1001 kebaikan buat semua.
Dia pada masa sama turut menyuarakan bayangan risau dengan situasi yang menimpa pendakwah kebelakangan ini.
"Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.
"Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan Rasulullah Saw.
"Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini, pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.
"Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini, jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu," doanya.
Tidak putus-putus memohon doa kepada Allah, pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu mahu terus berdakwah untuk kebaikan umat Islam.
"Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia, jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman, lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini..
"Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah!
“Anugerahkan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah," mohonnya.
Sementara itu, Amin menasihati para pendakwah agar tidak mencemarkan nama baik 'para ulama' sebagai penunggang agama untuk kepentingan diri semata-mata.
Sekali gus, ia membawa tanggapan negatif kepada masyarakat.
"Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.
"Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.
"Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.
"Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini," akhirinya.
Menerusi perkongsian tersebut, Amin tidak menyatakan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan dan nasihat buat semua individu.
Terdahulu, Amin baru sahaja pulang dari Kota Mekah dan turut berkongsi beberapa aktiviti di sana.
Foto : Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“True Legend Of The Game!,” – Sejurus Umum Bersara Wakili Skuad Negara, Selebriti Kita Ucap Dedikasi Buat Shalin Zulkifli

Selepas hampir 28 tahun menabur bakti, Ratu Bowling Negara, Shalin Zulkifli akhirnya mengumumkan persaraannya daripada mewakili skuad kebanggaan.
Menurut laporan Berita Harian, Shalin menjelaskan, walaupun dia kini telah mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan, dia akan tetap terus aktif selaku pemain tenpin boling profesional dan sedang merangka persiapan bagi menyertai kejohanan sirkit profesional yang akan berlangsung sepanjang tahun 2021.
“Kejohanan ini ada dalam senarai saya sebab saya telah menang pada Sukan SEA, Sukan Asia tetapi sirkit profesional ini saya tak capai lagi.
“Sebab itulah, saya ‘go all out’ untuk mencapainya, insya-ALLAH tahun ini sebab saya tak tahu berapa lama lagi saya mampu beraksi (dalam sukan tenpin boling),” katanya seperti yang dipetik.
Pengumuman tersebut nyata mengundang rasa sedih dihati perlbagai pihak termasuk para selebriti tempatan misalnya penyanyi, Yuna.
Menurut Yuna, Shalin telah menjadi antara inspirasi kepada ramai remaja perempuan selama ini termasuklah dirinya juga.
“You’re truly the best, thank you for being an amazing inspiration to young girls everywhere. You inspired a scrawny girl like me to bowl and I got to a 270 game. Love you!,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon dan pengacara, Farish Aziz turut menyifatkan Shalin sebagai antara lagenda bukan sahaja bagi sukan tersebut tetapi juga sebagai atlet secara keseluruhannya.
“True legend of the game,” kongsinya.
Sementara itu, ratu skuash negara, Datuk Nicol Ann David turut menitipkan ucapan penghargaan buat rakan atlet tersebut sepanjang khidmatnya bersama skuad kebangsaan.
“You’re truly an amazing athlete and a huge inspiration to all of us in Malaysia. Thanks for giving your best always for our country and showing us what we Malaysian are made of in the world,” tulisnya.
Memulakan kariernya dalam sukan bowling seawal usia 9 tahun, Shalin telah mengumpul sebanyak 74 pingat sepanjang pembabitannya di peringkat antarabangsa dan turut pernah meraih pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Sumber: Instagram Shalin Zulkifli & Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI