Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali menafikan pihaknya telah menipu dan tidak telus ketika menjadi penganjur untuk sebuah konsert artis tempatan sehingga artis berkenaan dikatakan menanggung kerugian besar.
Menurut Aizuddin, pertemuan secara empat mata telah diadakan bersama pihak artis tersebut bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.
“Sebelum ini, kita ada mengadakan satu penganjuran konsert berskala besar. Namun, pihak artis dikatakan tidak mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku.
“Jadi, saya panggil pihak tersebut dan berjumpa. Pertemuan tersebut dihadiri oleh pihak saya dan pengurusan artis berkenaan.
“Artis tersebut juga membawa peguam untuk mendapatkan gambaran jelas,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Aizuddin menjelaskan artis tersebut sebenarnya dipercayai telah dianiaya oleh orang terdekat, membabitkan ‘team’ pengurusannya sendiri.
“Namun, selepas kami memberikan gambaran sebenar, barulah artis itu tahu yang dia telah dianiaya oleh satu pihak lagi.
“Malah, pihak tersebut juga merupakan orang yang rapat dengan artis tersebut. Ketika dipihak saya, individu itu menceritakan satu hal yang lain.
“Manakala di pihak artis pula, dia memburukkan lagi keadaan. Bila kami berikan penjelasan, barulah ada penyesalan daripada pihak artis.
“Mereka akui telah berlaku salah faham. Namun, saya tidak menganggap ini sebagai satu isu. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan artis,” ulasnya lagi.
Aizuddin berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, masalah seperti ini juga yang membuatkan dirinya berasa agak susah untuk bekerjasama dengan artis tempatan.
“Masalah ini berlaku kerana kita menggunakan platform pihak ketiga iaitu pengurusan artis.
“Mungkin sebab ini juga ramai yang mempersoalkan mengapa saya sering bekerjasama dengan artis luar.
“Saya bukan tak mahu bekerjasama dengan artis tempatan cuma ada segelintir artis yang mempunyai pengurusan yang tidak betul.
“Itu yang menyebabkan berlaku salah faham. Bila kami tunjukkan dokumentasi, barulah isu ini jelas,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Aizuddin memaklumkan ia telah pun selesai dan hubungannya bersama artis berkaan masih baik.
“Pada saya, untuk menjadi artis yang berjaya, mereka kena ada pihak pengurusan yang kuat. Saya kesiankan artis itu dan saya tak salahkan dia.
“Bila saya bercerita elok-elok, dia pun faham. Dia ada bakat dan vokalnya bagus tapi bila diberikan sepenuh kepercayaan, pihak pengurusan ambil kesempatan pula.
“Masalah ini sudah selesai dan hubungan saya dengan artis tersebut sangat baik,” akhirinya.
Bercakap mengenai kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa, Aizuddin akui kagum dengan semangat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu menyantuni golongan tidak bernasib baik di bulan Ramadan ini.
Malah dia juga menyokong usaha Siti yang mahu membalas jasa pihak media yang menjadi tulang belakang sepanjang bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Raja Syahiran mendedahkan dia sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin.
Bagaimanapun, dia dan pasangan perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
Memetik Harian Metro, Syahiran berkata, banyak faktor yang dilihatnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.
“Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya.
“Jadi, saya nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Uyaina sudah menetapkan tarikh perkahwinan, Syahiran memilih untuk tidak mendedahkannya.
“Kami akan umumkan nanti. Kalau boleh, secepat mungkin dan kalau diizinkan dalam tahun ini, maka kami akan melangsungkannya tahun ini,” katanya.
Syahiran juga cuba sebaik mungkin untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mahu timbul isu-isu lain selepas majlis.
“Kami nak perkahwinan kami diiringi doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kalau boleh, kita lihat contoh perkahwinan selebriti yang berlaku dan mendapat pelbagai kecaman masyarakat.
“Jadi, kalau boleh saya tak mahu berlaku sebarang salah faham atau apa-apa isu selepas majlis,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ayai Illusi memaklumkan keadaan kesihatannya kini sudah beransur pulih selepas diserang empat penyakit kronik setahun yang lalu.
Bakal menyertai program nyanyian popular All Star Gegar Vaganza, Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin berharap agar tahap kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang program berlangsung.
“Sebelum ini, saya memang ada mengalami beberapa penyakit dan harus jalani proses berubat. Saya selalu berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya saya dapat beraksi di GV10 ini dengan baik.
“Saya akan pastikan keadaan saya sentiasa dalam keadaan sihat. Selain itu, saya akan jaga makan, stamina dan ambil ubat-ubatan,” katanya kepada MH.
Ayai berkata berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media perkenalan peserta All Star Gegar Vaganza yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Puisi Cinta itu manzahirkan rasa syukur kerana ikhtiarnya untuk melawan penyakit telah dipermudahkan.
“Saya ada penyakit bengkak usus, buah pinggang, masalah hati dan gout. Urik asid dalam badan saya tinggi. Namun, saya dapat atasinya apabila urik asid itu pecah dan keluar daripada buku lali.
“Kini saya dah boleh makan makanan laut yang saya tak boleh makan sebelum ini. Tapi kini saya makan berpada dan hanya sekadar merasa. Saya tak mahu penyakit lama berulang kembali.
“Alhamdulillah, buah pinggang saya juga sudah semakin pulih. Berkat pertolongan kawan-kawan yang syorkan untuk saya untuk minum air buah kulim.
“Doktor pun terkejut tengok perkembangan buah pinggang saya. Daripada tahap empat, kini kembali normal. Malah, saya juga tak putus makan ubat yang doktor berikan,” ujarnya lagi.
Kongsi Ayai lagi, dia juga kini sudah kembali aktif memenuhi undangan nyanyian setelah berehat untuk beberapa bulan.
“Terus terang saya katakan, ketika mula-mula diserang penyakit, sebulan saya tak boleh bangun.
“Semasa sakit itu, nak buat persembahan pun badan terasa lemah. Memang tak boleh menyanyi kerana tiada tenaga.
“Saya sedih kerana tak dapat nak penuhi jemputan Astro pada final GV9 akibat diserang empat penyakit ini. Kalau setakat kaki bengkak sebab gout, saya tetap akan menyanyi.
“Alhamdulillah, kini saya sudah pun dapat banyak jemputan nyanyian khasnya di Sarawak. Isteri juga monitor keadaan saya. Kini saya dah boleh come back,” akhirinya.
Terdahulu, Ayai akan bersaing dengan 14 peserta lain yang terdiri daripada barisan juara Gegar Vaganza terdahulu dan pesera hot seats yang akan diumumkan kelak.
Program realiti nyanyian nombor satu negara ini juga masih mengekalkan barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...