Hiburan

Sharifah Amani Selamat Lahirkan Anak Sulung, Beri Nama Ahmed Mohsein

Share

Pelakon Sharifah Amani dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suami kepada Amani iaitu Ahmed Faris menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, Faris turut memaklumkan dia dan Amani telah bersepakat untuk menamakan anak lelaki mereka Ahmed Mohsein.

“Assalamualaikum, inilah anak kecil kami Ahmed Mohsein Bin Ahmed Faris.

“Dilahirkan pada 26 Jun 2024,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faris turut manjatkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Terima kasih untuk segala doanya,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung itu.

“Saya juga teruja. Sayang kalian berdua,” komen pelakon Siti Saleha.

“Tahniah buat kalian berdua,” balas pelakon Nabila Huda.

“Alhamdulillah tahniah. Semoga membesar dengan sihat,” balas seorang netizen.

“Alhamdulillah semoga menjadi anak yang baik, soleh, taat pada Allah dan mama ayah,” komen seorang lagi netizen.

Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.

Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.
Published by
Aizam Manaf