Sharifah Rose menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca kepada keretakan hubungan antara anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman, beberapa bulan lalu.

Bintang media sosial itu sebaliknya menegaskan, dia sedia mengenali Azief dan mengakui apa yang berlaku di antara mereka tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Apa yang terjadi antara Aazief dan Tyra tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak tahu apa yang terjadi antara mereka sebenarnya.

“Setahu saya mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu dan ia merupakan episod hitam putus cinta Aazief,” katanya seperti yang dipetik Gempak.

Ads

Terkejut dengan foto selfienya bersama Aazief mulai dikongsi pengguna media sosial hingga mencetuskan tular, Rose tidak menafikan ia dirakam beberapa hari lalu.

“Gambar itu dirakamkan beberapa hari lalu dan kami sekadar berkawan. Saya kenalnya sudah lama dan kebetulan dia berada di Malaysia, jadi kami rancang untuk berjumpa.

“Jujur saya katakan pertemuan itu hanya pertemuan kasual, perjumpaan sebagai kawan semata-mata tiba-tiba orang viralkan hingga timbul salah faham.

Ads

“Tiada yang serius pun antara kami berdua,” ujarnya jujur sebagai memperjelas foto tersebut yang diperkatakan menerusi perkongsian Twitter.

Malah, dek kerana foto berkenaan pelbagai spekulasi dilontar netizen hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra sebelum ini.

Ads

Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak dua bulan lalu.

Rose pula sebelum ini dikatakan pernah berkawan rapat dengan penyanyi remaja, Ismail Izzani.

Foto: Carian Google, Intagram Sharifah Rose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI