Tampil menjawab dakwaan tidak berasas netizen, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk Agama Islam milik suaminya, Michael Hansen (Mikael Hansen).
Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi Instagram.
“Kami tak muat naik bukti sebab tak nak mengharu birukan keluar mentua ya. Cuba anak awak tiba tiba kena convert Hindu, mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah, terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ia susulan pengguna Instagram yang tidak dikenali meninggalkan tuduhan iaitu; ‘Tahniah Kinah masuk Kristian’ melalui ruangan mesej langsung (DM) di Instagram.
Sakinah menjelaskan, dia tidak menunjukkan bukti kerana ingin menjaga hati keluarga suaminya yang merupakan seorang jejaka Inggeris yang berasal dari Sweden.
“Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulisnya lagi.
Sakinah baru-baru ini mendedahkan telah berkahwin dengan Michael, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.
Bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menjelaskan, dia mempunyau sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan perkahwinannya sebelum ini
kerana ia berkaitan soal peribadi dan agama.Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.