Artis versatil, Sharifah Shahirah mengakui kini lebih memilih untuk beri tumpuan kepada keluarga, selain menyelesaikan komitmen lain yang sedia ada.
Menurut Shahirah atau nama lengkapnya, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, pada usia sekarang dia lebih selesa untuk beri ruang kepada bakat baru lain bergiat aktif dalam seni.
“Saya akui memang kerjaya seni saya kini diihat sedikit perlahan bukan sebab saya sudah tidak ada terima tawaran lakonan dan sebagainya.
“Tapi sebab kita ni sudah semakin berusia, jadi saya rasa sudah tiba masa untuk saya beri peluang kepada generasi baru pula.
“Saya mahu beri masa dan fokus kepada keluarga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini tetap bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
“Macam mana pun, saya tetap bersyukur meski karier seni saya dilihat semakin perlahan, tapi Allah tetap bagi saya rezeki dari sudut yang lain.
“Misalnya menjadi penyampai radio di Suria FM. Saya rasa aturan hidup yang Allah sudah tentukan untuk saya cukup baik.
“Secara tak langsung, kini saya dapat luangkan lebih masa bersama keluarga,” katanya lagi.
Shahirah menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan oleh Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah