Pelakon dan pengacara senior, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan sapaan Shiera Ijoy ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Shiera ada berkongsi cerita perihal anaknya bersama peminat.

Kongsi Shiera, dia memaklumkan telah menghantar anaknya untuk belajar menunggang kuda.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini sempat bergurau menerusi ruagan kapsyen entri tersebut perihal hidup permata hatinya itu.

IKLAN

“Antar anak belajar kuda sebab besar esok target kawin ngan anak raja London….hahahhaa.

“Tak kisah sapa …janji rajin kerja bagi anak kita senyum sudah…hahaahihihi huhuhu…

“#gambarhiasan #acahacahlebih,” tulisnya.

Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.

Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto : Instagram Shiera Ijoy