Sharnaaz Ahmad Bersuara, Ulas Situasi Insiden Yang Kecoh Baru-Baru Ini; Kertas Siasatan Sudah Lengkap…”

Share

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan penjelasan sususan insiden yang berlaku di sebuah kondominum di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menafikan tuduhan yang mendakwa dia menendang serta menumbuk pengadu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Video berkenaan dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata itu selepas seminggu dibebaskan daripada tahanan reman.

“Demi Allah, saya tidak menumbuk, memijak, menendang perut dan mencekik (mangsa).  Itu benda karut, saya tak buat.

“Siasatan dah lengkap, dah hantar pada Timbalan Pendakwa Raya. Kalau boleh saya tak nak panjang-panjangkan cerita.

“InsyaAllah… Kita tengok jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sebab benda yang berlaku ni bukannya kita minta. Tapi bila dah jadi, kita kena terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Sharnaaz juga menjelaskan buat masa ini, dia tidak dapat mengadakan sidang media seperti yang dijanjikan sebelum ini atas nasihat peguam serta pihak polis.

“Selepas dapat nasihat peguam dan polis, saya rasa (lebih) baik tunggu keputusan mahkamah keluar. Ini saya explain secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh faham.

“Di rumah saya ada guard, salah satu penduduk iaitu pengadu sedang bergaduh dengan guard.

“Saya nampak mereka bergaduh saya cuba pertahan guard… kita tak boleh tindas orang macam itu dan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, tempoh tahanan reman selama tiga hari itu juga adalah bagi membantu siasatan pihak polis.

“Bukan nak cakap saya bagus, baik…. pihak sana jahat.  (Tapi) jangan jump to conclusion kalau orang masuk reman.

“Masuk reman untuk membantu siasatan.

“Pihak polis beri kerjasama dan saya pun beri kerjasama kepada pihak polis,” ulasnya.

Terdahulu, media melaporkan pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang penghuni di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, 18 Jun lalu.

Ikuti video penuhnya di sini;

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Juliana Johar