Sharnaaz Ahmad Impi Wanita Bukan Dari Bidang Seni; “My Next Girlfriend Will Never Be An Artis…”

Share

Selepas bercerai dengan bekas isteri, nama pelakon Sharnaaz Ahmad, 38, pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa wanita antaranya penyanyi Azira Shafinaz dan pelakon baharu, Amelia Christie.

Namun sehingga ke hari ini, Sharnaaz tidak pernah menjawab dakwaan-dakwaan tersebut sebaliknya lebih senang dengan statusnya bergelar bapa tunggal kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi perkongsikan di InstaStory pada tengah hari Jumaat, Sharnaaz menulis luahan yang dia menginginkan bakal kekasih atau bakal isteri yang bukan datang daripada latar belakang bidang hiburan.

“My next girlfriend will never be an artis, pelakon.. full stop.

“Biar yang sedang-sedang sudah. Salam Jumaat.

“Macamlah orang nak dekat aku.. haha.

“Okaylah next wife, haa sedap sikit dengar,” tulis Sharnaaz.

Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 38, pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar