Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus.
Penyanyi berusia 34 tahun ini jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu. Malah, berat badannya juga turun secara mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram.
“Anak saya dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU HKL. Dia sudah melalui dua pembedahan, masing-masing pada 10 September lalu dan hari ini. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
“Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan mereka berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa. Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya.
“Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Begitu juga dengan anak saya yang mendapat perkhabaran duka apabila dimaklumkan mengenai hal ini. Lebih menyedihkan, ia terjadi sebelum sambutan hari lahirnya.
“Saya bagaimanapun percaya, dia anak yang kuat,” katanya ibunya, Noraini Elias seperti yang dipetik.
Shazroul sebelum ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival di Vietnam pada tahun 2012.
Foto : Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI