
Kecoh bila peminat mulai ‘stalk’ akaun Instagram penyanyi, Tomok gara-gara sekeping foto yang dikongsinya, sehari lalu.
Vokalis kumpulan New Boyz itu tampil dengan imej ‘lain dari lain’ dengan berambut panjang, lengkap bersolek seperti seorang wanita.
Meski tanpa sebarang kapsyen pada foto berkenaan, netizen dilihat memberikan komen pelbagai, ada yang lucu dan sebaliknya.
Ini antara komen yang diberikan mereka.
Sehingga kini, posting tersebut sudah pun mendapat lebih 103,000 tanda suka dengan kira-kira 6,000 komen pengguna media sosial Instagram.
Setakat ini juga, tiada penjelasan dari penyanyi tersebut terhadap foto yang dimuat naik.
Foto: Instagram Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Sebak..Menitis Air Mata Alif Satar Pabila Penghuni Tirai Besi Mengalunkan Takbir Raya

Takbir raya kini sudah bergema merdu di angkasa.
Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi, Alif Satar ada berkongsi video yang melihatkan dia terkesan dengan takbir raya yang dialunkan beberapa orang banduan dari Penjara Sungai Buloh.
“Semoga kita bertemu ramadhan lagi.. 😞alif kongsi takbir raya bersama ‘banduan akhir’ on my youtube channel,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan salah seorang banduan mengalunkan takbir raya dengan penuh syahdu.
Lalu, ia telah menimbulkan rasa sebak dalam diri Alif dan mulai menitiskan air mata.
Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dimuat naik Alif satu jam lalu.
Video : IG Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tolak’ Tom Cruise, Shakira Kini Berpacaran Dengan Lewis Hamilton Pula?

Nama penyanyi Shakira baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon popular, Tom Cruise selepas kedua-duanya dilihat hadir memeriahkan majlis pra perlumbaan Grand Prix Miami di Amerika Syarikat.
Khabar angin bertiup kencang mendakwa Tom berhasrat ingin berkawan rapat dengan Shakira namun permintaanya itu dikatakan ‘tidak dilayan’ oleh penyanyi lagu Hips Don’t Lie itu.
Sebaliknya, Shakira dilihat semakin mesra dengan bintang Formula 1, Lewis Hamilton apabila dia dijemput menaiki kapal layar milik Lewis baru-baru ini.
Lewis menjemput Shakira di kediaman penyanyi wanita itu sebelum mereka bersama-sama menikmati pelayaran tersebut bersama rakan-rakan yang lain.
Namun sehingga kini, wakil kedua-dua bintang tersebut tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung hubungan di antara kedua-duanya.
Untuk rekod, Shakira berpisah dengan teman lelaki, pemain bola sepak Gerard Pique selepas Gerard didakwa berlaku curang dengan kekasihnya sekarang iaitu, Clara Chia Marti.
Hasil perkongsian hidup, Shakira dan Gerard mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Milan Pique Mebarak, 10, dan Sasha Pique Mebarak, 8 tahun.
Manakala, Lewis sebelum ini pernah bercinta dengan ahli kumpulan The Pussycat Dolls iaitu Nicole Scherzinger selama tujuh tahun sebelum hubungan mereka terlerai pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“ Tolong Jaga Aib Ibu Bapa…,” – Jasmin Hamid Kongsi Hal Wanita Permainkan Solat, Rayu Berhibur Jangan Libatkan Agama

Pelakon Jasmin Hamid memuat naik sebuah video tular yang merakamkan seorang wanita sedang solat dan menari apabila terdengar lagu diputarkan.
Jelas pendakwah di dalam rakaman tersebut, solat merupakan ruang untuk seorang hamba tertemu tuhannya dan jangan sesekali berani mempermainkan Allah.
Lalu, bintang senior itu meminta golongan muda agar terus tetapkan iman dan jelasnya jangan sesekali berhibur dengan menggunakan nama tuhan.
“Allahuakhbar.. Alhamdulillah kerana ia tidak terjadi padaku dan keluarga ku dan berikanlah HidayahMu kepada dia.
“Hati-hati anak-anak dan adik-adik sekalian.. Banyak lagi cara untuk berhibur tanpa melibatkan Ugama terutama yang berugama Islam walau dari bangsa apa sekalipun.
“Minta Allah tetapkan Iman kita dan iman keluarga kita.
“Setiap apa juga kejadian, Allah tunjukkan pada hambaNya untuk uji Iman kita.. Yang baik kita jadikan contoh dan yang buruk, kita jadikan tauladan.
“Tolong jaga aib Ibu bapa sebab bila terjadi sesuatu yang tak baik, orang keliling sering salahkan Ibubapa. Padahal ibubapa dah bagi cukup Ilmu Agama.
“Salah kita sendiri bila kurang Iman di dada dan tersalah guna teknologi yang ada .. Walau bangsa apa sekalipun, jangan kita permainkan agama.
#allahmahamelihat #teenage #muhasabahdiri,” kongsi pelakon itu.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Menurut reaksi di ruang komen, kejadian tersebut berlaku di Indonesia dan pelakunya sudah ditangkap pihak berkuasa.
Foto : Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI