Pelakon, Lisa Surihani muat naik fotonya bersama Mia Sara Nasuha di laman Instagramnya semalam.
Mia sebelum ini pernah beberapa kali berlakon sebagai anak Lisa di dalam drama dan filem.
“Reunited with this one today. She still calls me Mama, my first on screen babygirl @therealmiasara, so nice to catch up with you and papa Ridz, Mia sayang.
“You’re all grown up and incredibly bright. I love you,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang terkenang kembali gandingan Lisa dan Mia dalam drama Adamaya yang pernah popular satu ketika dahulu.
Selain Adamaya, Lisa dan Mia juga pernah berlakon sama dalam filem Papa I Love You dan Sekali Lagi.
Foto/Instagram: Lisa Surihani & Carian Google