Ramadan tahun ini, genap tiga tahun Sheera Iskandar atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, mengenakan hijab dan mengakui begitu senang dengan imej serta penampilannya sekarang.

Bagaimanapun, selepas berhijrah dan bergelar isteri, ramai anggap pelakon popular menerusi drama Halimah Jongang ini mahu berundur diri dalam bidang seni, apatah lagi kelibatnya jarang kelihatan di kaca TV mahupun layar lebar.

Sheera juga mengakui jarang berlakon sejak kebelakangan ini dan lebih banyak menumpukan perhatian kepada rumah tangga dan beberapa tugasan lain.

“Bukan sebab tak minat berlakon atau suami halang, tapi lepas berhijab, tawaran berlakon tak macam dulu.

 

“Tapi Alhamdulillah sebab Skop Production ambil saya berlakon drama Gerak Khas musim baru. Penggambarannya pun baru selesai Mac lalu,” katanya yang pernah membintangi Gerak Khas sekitar 2007 sebelum berhenti seketika.

Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, namanya sering dikaitkan dengan Skop Production kerana kerap berlakon di bawah produksi Datuk Yusof Haslam, sehingga ramai salah faham dan sangka dia artis tetap produksi tersebut.

Antaranya drama lakonannya bersama produksi itu Sembilu Kasih, Janji Diana, Gerak Khas, Si Capik, selain filem Sembilu 2005, KL Gangster 1 & 2, Aku Bukan Tomboy dan lain-lain.

Ads

Bagi Sheera, seseorang pelakon itu kerap berlakon dalam produksi tertentu kerana beberapa faktor termasuk keselesaan dan peluang.

“Begitu juga saya dan Skop Production. Dari awal jadi pelakon sampai sekarang kami banyak bekerjasama, tapi saya tak pernah terikat dengan produksi ini. Saya pun bebas berlakon dengan sesiapa saja.

 

“Mungkin lakonan saya bersama Skop lebih menonjol dan diingati penonton. Jadi ramai fikir saya hanya nak berlakon dengan produksi ini,” jelasnya.

Sheera Iskandar Kecewa Diminta Buka Tudung

Ads

Mengharapkan kehadiran cahaya mata

Biarpun tawaran lakonan sudah tidak serancak dulu, Sheera yang juga anak kepada pelakon, Aznah Hamid ini percaya rezeki untuknya sentiasa ada dalam pelbagai cara.

Ads

Mengakui sedih kerana ada produksi menawarkan peluang lakonan tetapi perlu membuka tudung.
Bagaimanapun, Sheera menganggap itu semua cabaran dan percaya ada rezekinya.

Buktinya, dia mendapat banyak peluang baru termasuk menjadi duta untuk produk kecantikan Glow Glowing sejak dua tahun lalu dan sibuk memenuhi aktiviti promosi.
 
Berkongsi Ramadan ini, kata Sheera, dia banyak habiskan masa bersama keluarga di rumah dan urus rumah tangga bersama suami, Doul Harun.

“Alhamdulillah sudah dua tahun kami dapat sambut Ramadan bersama-sama dan berharap masa yang ada ini dapat kami guna sebaiknya dan terisi dengan perkara bermanfaat.

 

“Selalunya saya dan suami lebih suka berbuka puasa bersama keluarga di rumah kerana waktu begini sajalah kita dapat berkumpul bersama sebab masing-masing sibuk pada hari biasa.

Kata Sheera, walaupun Doul seorang chef dan masakannya lebih enak, namun dia tetap memasak di dapur kerana suaminya lebih suka menikmati hasil air tangannya.

Sheera juga bahagia dengan kehidupannya hari ini dan berharap ada rezekinya menimang cahaya sebagai penyeri rumah tangga.

“Saya dan suami tak pernah merancang tapi kami memang bersedia jika dikurniakan anak.

 

“Mungkin ini masa terbaik sebab saya pun tak begitu sibuk di lokasi penggambaran. Jadi sempena Ramadan tahun ini juga kami berdoa dikurniakan anak tahun ini,” kata Sheera yang ditemui di Majlis Iftar Amal Bersama Anak Yatim di Pak John Steamboat & BBQ, Isnin lalu. Sheera Iskandar Kecewa Diminta Buka Tudung

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI