Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, kira-kira 7.31 malam, 22 Mei lalu.
Khabar berita itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Suami kepada pelakon drama Janji Diana ini menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
Ads
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, sebelum bercerai pada hujung tahun 2018.
Selepas itu, Sheera mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd Halim Abdul Gani pada tanggal 3 Mei tahun lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan hubungannya bersama bekas menantu yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana tidak pernah berubah.
Menurut Yusof, Puteri Sarah masih membawa anak-anaknya datang ke rumah untuk meluangkan masa bersama dia dan isteri, Datin Patimah Ismail.
“Saya mengharapkan agar segalanya berjalan dengan baik. Mereka juga sudah berpisah dengan cara yang baik. Itu juga yang melegakan hati isteri saya.
“Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Apapun yang berlaku, hubungan kekeluargaan dan bersama anak-anak jangan pernah terputus. Wang bukanlah segala-galanya.
“Bagi saya, hubungan sesama kita adalah lebih penting daripada wang ringgit. Kita doakan sahaja yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemilik syarikat produksi terkenal , Skop Production ini juga memaklumkan dia dan bekas besan akan sentiasa menjaga hubungan baik walaupun anak-anak sudah tidak lagi bersama.
“Saya sentiasa mendoakan agar Puteri Sarah berjaya dalam kehidupan. Hubungan kami sekeluarga bersama Puteri Sarah masih seperti biasa.
“Hubungan kami tak pernah terputus dan sesama bekas besan juga tetap sama. Kami sudah bersalaman dan makan bersama tempoh hari.
“Saya pun tak larikan diri daripada besan. Malah, saya selalu telefon untuk bertanya khabar dan keluar minum. Tujuannya untuk tidak memutuskan silaturrahim. Itu yang paling mustahak.
“Kita tak mahu bila anak bercerai, kita tak ambil peduli lagi pasal bekas menantu. Saya tak boleh macam itu,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran mural filem Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada masa sama, Yusof turut memberitahu, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tidak akan menghalang andai Puteri Sarah dipertemukan jodoh dengan lelaki lain selepas ini.
“Datin pun masih sayang dengan Puteri Sarah. Datin pernah berkata kepada saya, kalau Puteri Sarah nak berkahwin, biarlah dia mencari kebahagiaan diri sendiri. Katanya, dia faham perasaan seorang wanita.
“Ini merupakan takdir yang Allah tentukan. Namun, andai satu masa nanti tuhan izinkan Puteri Sarah dan Syamsul bersatu kembali, saya bersyukur.
“Saya tidak akan menyimpan apa-apa perasaan. Kalau jodoh Puteri Sarah bersama lelaki lain, semoga dia mengecap kebahagiaan. Setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, selepas hampir empat tahu berhadapan konflik rumah tangga, Syamsul akhirnya melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu.
Konflik rumah tangga diantara Syamsul dan Puteri Sarah mendapat sorotan luar biasa apabila pengarah filem Munafik itu mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di selatan Thailand, Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Istimewa sebagai ‘hadiah’ hari jadi yang ke-35, berita gembira itu disampaikan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman menerusi hantaran terkini di Instagram, pada Selasa.
Sambil berkongsi keterujaan kerana bakal melahirkan anak sulung mereka, Alisya turut mengucapkan terima kasih atas bahtera perkahwinan yang dibina.
“Allahhuakhbar!! Laillahailallah!! Syukur alhamdulillah atas rezekii yang Allah bagi pada kami, happy birthday suamiku, hadiah yang paling berharga untuk sayang yang ke 35 tahun.
“Semoga sayang, i and anak dalam kandungan sihat selalu. Terima kasih buat segala galanya, susah senang bersama, sentiasa happykan i. Love you sayang! Happy birthday again,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut lantas menerima perhatian peminat dan teman rapat yang turut sama tumpang gembira sambil melayangkan ucapan tahniah buat mereka berdua.
Alam turut berkongsi foto sama menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman mendirikan rumah tangga bersama Alisya pada 7 Mac lalu.
Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Nur Sajat mengakui dia terlupa untuk menutup sesi siaran langsung yang dilakukannya di platform TikTok baru-baru ini hingga dia akhirnya tertidur.
Malah ‘sesi’ tersebut ditonton ribuan pengguna TikTok sehingga mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial.
Pelbagai komen turut diberikan wargamaya, termasuk dengkuran yang didengari mereka ketika penyanyi Makhluk Penggoda itu sedang tidur.
“Dengkur mengalahkan jual baju. Diaorang kata Sajat bila bangun je, views rendah. Bila Sajat tidur je views naik.
“Orang kata nak tahu orang tu cantik ke tidak, tengok time dia tidur. Maknanya tidur i cantik, bunyi je. Tidur muka menang. Cuma bunyi je (dengkur).
“Tak tahulah… kita dok bercakap fasal apa tiba-tiba tertidur. Nak buat macam mana, akak ni dah tua. Terlupa nak tutup suis-suis. Kadang lupa nak tutup suis dapur, tudung periuk lupa nak tutup… biasalah tu.
“Lupa nak tutup suis telefon, terbuka je macam tu ‘tenganga’. Lupa pula (nak tutup live TikTok),” katanya yang turut membalas dakwaan sudah nyanyuk daripada salah satu komen yang tertera.
Perkara tersebut dikongsikan Sajat yang kemudiannya dikongsi pengguna TikTok lainnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!