Tahniah diucapkan buat penyanyi Sheila Abdull yang selamat bersalin anak kedua seberat 3.8 kilogram (kg) pada 1 November lalu di sebuah pusat perubatan di Johor.
Menurut Sheila,32, keadaannya dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Sheila dan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir berhasrat untuk menamakan anak kedua mereka sempena nama bunga klasik.
“Memandangkan kakak (anak pertama) yang kini berusia tiga tahun dinamakan Chempaka Alaya, jadi kami nak namakan bayi ini Dahlia Aluna.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 8 November, tapi bayi baru 39 minggu dah 3.8 kg. Jadi tak nak tunggu tarikh itu takut dia semakin membesar. Jadi, kami pilih 1 November untuk menjalani pembedahan,” katanya, petik Harian Metro.
Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, bintang yang popular dengan lagu Mungkinkah itu mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga terlebih dulu.
“Minat untuk menyanyi tetap ada, tapi buat masa ini memang tiada perancangan lagi. Apapun kena tengok bagaimana situasinya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, berita gembira susulan kehadiran anak keduanya juga turut dikongsikan Sheila di Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI