Anak kedua kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra, 24, pada Jumaat lalu.
Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Doa Seorang Ibu
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana yang sederhana namun penuh bermakna, disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan, dan sahabat handai kedua-dua pihak.
Sheila yang juga isteri kepada pengarah terkenal Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terharu selain berkongsi kegembiraan melihat anaknya melangkah ke alam perkahwinan.
Ads
“Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, insya-Allah,” katanya.
Pasangan kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil sentuhan Juweinezain Bridal Gallery di Geo Resort & Hotel Genting Highland dengan dihadiri ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan artis.
Ads
Sama Cantik Sama Padan
Luth Mikhail dan Beatrice Valeria yang masing-masing kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur atas pernikahan tersebut yang berjalan lancar.
Perkahwinan ini turut mendapat perhatian ramai peminat Sheila yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan doa melalui media sosial.
Ads
Pihak keluarga juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan pengantin ini sepanjang perkahwinan mereka.
Terlebih dahulu, Beatrice yang berbangsa Cina dari Jakarta Indonesia telah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Kilafairy yang kini mula mengenakan hijab penuh dilihat sudah pun memadam fotonya yang tidak bertudung di Instagram.
Memiliki hampir 950,000 pengikut di aplikasi perkongsian foto itu, platform tersebut kini hanya dipenuhi dengan foto terkini dirinya selain foto lama yang memaparkan kucing perliharaan serta aktiviti seni terdahulu.
Sebelum ini, Kilafairy yang juga anak kepada bintang senior, Rohana Jalil menerusi Berita Harian memberitahu, keputusannya untuk mengenakan tudung bukan hadir daripada paksaan sesiapa.
Sebaliknya, ia seiring dengan kematangan usia.
“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah.
“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.
“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Syakila Nisha Jangir Khan ini juga turut berkongsi antara kisah menarik apabila sudah bertudung menerusi saluran YouTube rasminya.
Foto: Instagram Kilafairy, Rohana Jalil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah artikel mengisahkan dirinya pernah disantau suatu ketika dahulu, pelakon Qazem Nor, menyifatkan Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.
Memetik laporan artikel tersebut, dia perasan akan perubahan diri apabila rambutnya gugur dan hampir botak.
Malah dia mengalami sakit kepala yang kronik.
“Saya tidak kenal siapakah yang tergamak melakukan perbuatan ini sehinggalah saya bertemu seorang pengamal perubatan.
“Saya terkejut apabila diberitahu saya terkena santau angin yang dikirim seorang wanita berbaju kurung dan bertudung, berkemungkinan peminat saya,” katanya dipetik.
Tambahnya lagi, dia meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan.
Walaupun sudah sembuh daripada sakit misteri terbabit, namun perkongsian ini hanyalah sekadar peringatan buat netizen di luar sana agar sentiasa ingat akan Allah Yang Maha Besar.
Foto – Instagram Qazem Nor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi kegembiraan yang disifatkan sebagai sempurna apabila dua keluarga ini menikmati percutian bersama di Pulau Redang, Terengganu, Norman Hakim dilihat mendakap dan mencium pipi setiap ahli keluarganya termasuk suami Abby Abadi.
Walaupun anak-anaknya telah meningkat remaja, namun pelakon sasa ini tidak kekok meluahkan rasa sayang melalui pelukan dan ciuman.
Lebih mengharukan, bekas suami Abby ini turut bersalam dan mencium pipi Jai Ezzany yang menggambarkan keakaban kedua-dua ketua keluarga ini.
“Baru betul2 sempurna..berganda2 happy bila semua ada Posted @withrepost • @normanhakim_786 Sempurna. Alhamdulillah.”
Terharu melihat kasih sayang antara dua keluarga ini, netizen memuji tindakan Norman dan Abby yang dilihat bijak mengemudi keluarga dalam membesarkan anak-anak walaupun telah berpisah.
Foto – Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...