“Memang duduk sekali, bincang apa yang kita nak buat.”
Demikian kata pengacara, Sherry AlHadad sebagai mengulas pengalamannya mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Elly Mazlein, menggantikan hos tetapnya, Nabil Ahmad, malam tadi.
Menurut Sherry, dia akui senang bekerjasama dengan Elly memandangkan mereka pernah berganding sama di dalam salah satu minggu di Big Stage sebelum ini.
“Kami sama-sama pengacara wanita, kalau lelaki dan perempuan di atas pentas mungkin ‘vibe’ itu akan menjadi lain. Jadi kami perlu berjaga-jaga juga, tak boleh nak melebih sangat. Seiring dengan tema.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tambah pula ia minggu kerohanian. Takut kalau kita terlebih, bahaya juga,” katanya kepada MH.
Ditanya situasi mengendalikan GV buat pertama kali, Sherry tak menafikan pada awalnya dia tak berani.
“Saya takut. Malah ketika pihak produksi hubungi pada Jumaat, im so afraid. Sebab saya tahu, di Big Stage penontonnya berbeza begitu juga dengan GV.
“Bila dapat tahu ujian yang menimpa Nabil saya turut sama terkejut dan menyambut pelawaan produksi. Elly menghubungi saya selepas itu dan dia beri kata semangat untuk saya kendalikan GV9 bersamanya,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Berkongsi satu pentas dengan Elly Mazlein, Sherry akui matlamat mereka hanyalah untuk menghiburkan.
“Baik saya atau Elly, tujuan kami satu sahaja iaitu untuk menghiburkan orang. Kita tahu segelintir akan ada orang yang tak suka dengan cara kita.
“Jadi bagi saya tiada istilah tertanya-tanya mengenai personaliti Elly dan sebagainya. Kami bekerja sahaja untuk menghiburkan penonton di auditorium dan juga di rumah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini