Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar...

“Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie

Ketua juri Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Datuk Awie mempertahankan pemilihan penyanyi, Shiha Zikir sebagai pemenang Superstar Paling Gempak Musim Ini di pentas final MLS3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, Shiha merupakan antara peserta yang paling menyerlah pada edisi kali ini.

“Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie “Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie

“Kalau kita melihat karakter yang dibawa oleh Shiha, pada saya dia menjiwai watak-watak itu sangat bagus dan baik.

“Bukan nak kata Namie tak bagus tapi usaha yang dibawa oleh Shiha (CILI) sangat berjaya.

“Saya melihat daripada mula MLS3 sehinggalah final, Shiha sangat konsisten dan berjaya mengembangkan watak dengan jayanya,” katanya pada sidang media program itu.

IKLAN

Pentas final MLS3 berlangsung sengit menyaksikan persaingan empat kumpulan bertanding iaitu UBI, CILI, BAHROY dan OOD.

“Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie “Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie

Bagaimanapun peminat agak hampa apabila Namie dari UBI gagal meraih gelaran tersebut meskipun kumpulannya yang dinobatkan selaku juara.

Sementara itu, Namie menjelaskan dia tidak kecewa sebaliknya menyifatkan Shiha sememangnya layak merangkul gelaran tersebut.

IKLAN

“Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie “Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie

“Saya tengok setiap kali pemilihan Superstar semuanya yang paling menonjol pada setiap minggu.

“Untuk saya sendiri, ada minggu saya jadi ‘feeder’ berbanding Shiha yang jadi killer setiap minggu.

IKLAN

“Jadi saya setuju dengan kenyataan Datuk Awie dan terima keputusan yang ada. Ia rezeki Shiha,” katanya.

“Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie “Shiha Konsisten Jiwai Watak…,” – Ada Yang Hampa Namie Tak Menang Superstar Paling Gempak? Ini Respon Datuk Awie

Keputusan MLS3 menyaksikan kumpulan UBI muncul juara diikuti kumpulan CILI di tempat kedua.

Sementara BAHROY dan OOD masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI