
Bersempena dengan kedatangan Syawal, penyanyi Shiha Zikir bersama kakaknya, Ieda Zikir, bakal melancarkan sebuah lagu raya baharu berjudul Tum Tum Raya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shiha berkongsi kompilasi video di sebalik pembikinan muzik video (MV) bagi lagu tersebut.
Cabaran Tersendiri
Menurut Shiha, proses menghasilkan muzik video kali ini agak mencabar, malah terdapat perkara baharu yang perlu dilakukannya sepanjang bergelar penyanyi.
“Lagu raya saya tahun ini memang lain berbanding yang pernah saya keluarkan sebelum ini. Penat dan mencabar juga sewaktu proses shooting sebab hampir keseluruhan lagu perlu dirakam dalam bentuk slow-motion.
“Sebabnya kali ini saya mahu hasilnya dalam keadaan fast movement. Sakit urat badan sebab pergerakan menari perlu tepat dengan tempo dan lip sync pun kena tepat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Gigih Cat Studio
Shiha pada masa sama turut mendedahkan, pihaknya perlu menyewa studio selama tiga hari bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses penggambaran.
“Bukan itu saja, saya juga perlu sewa studio selama tiga hari. Hari pertama masuk untuk mengecat, hari kedua mula penggambaran (8 pagi hingga 6 pagi keesokannya sebab banyak set dan look).
“Seterusnya hari ketiga perlu mengecat ke warna asal semula iaitu putih.
“Alhamdulillah, pengalaman baru yang sangat best bersama semua team yang terlibat,” kongsinya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut memberikan komen dengan rata-ratanya tidak sabar untuk menonton hasil MV terbaharu dari juara Famili Duo musim keempat ini.
Shiha juga dilihat kerap memuat naik ‘teaser’ Tum Tum Raya di media sosial miliknya, sekali gus meningkatkan keterujaan peminatnya terhadap lagu raya istimewa ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI