Penyanyi Shila Amzah selamat bersalin anak keduanya iaitu cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pempengaruh, Ubaidillah Zulkefli atau Ubai di Instagram miliknya, pada Khamis.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan untuk cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan.
“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Ubai berjanji, sebagai bapa dia akan menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.
“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Kami akan jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini,” katanya lagi.
Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat
Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir mengumumkan dirinya akan berehat seketika daripada dunia nyanyian bagi meluangkan lebih banyak masa buat keluarga dan juga dirinya sendiri.
Lantaran itu, Faizal turut dilihat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya dari dulu hingga sekarang.
Katanya lagi, sejak daripada tahun 2015, di telah berkarya tanpa henti sehingga berjaya menghasilkan empat buah album.
I’ll be back. Insha’Allah. pic.twitter.com/3eQbFH5Bgf
— Faizal Tahir (@faizal_tahir) April 19, 2021
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa ada sepanjang perjalanan saya bergelar anak seni.
“Sama ada anda telah bersama saya sejak hari pertama atau baru semalam, terima kasih saya ucapkan daripada lubuk hati yang terdalam.
“Ia seperti tiada rehat bagi saya semenjak saya lancarkan ‘Assalamualaikum’ pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan kesemua projek saya yang lain,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Empat Dara itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, Faizal menjelaskan, dia tidak akan hilang daripada radar sebaliknya akan terus berkarya dalam penulisan lagu buat para selebriti yang lain.
“Alhamdulillah, tapi saya benar-benar seperti telah kehabisan tenaga. ‘Burn out’ memang betul boleh terjadi.
“‘Qibla’ akan menjadi hadiah terakhir saya buat anda semua dan saya akan berehat panjang selepas raya. Benda yang sangat saya perlukan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri saya sendiri.
“Saya masih ada di sini. Saya masih lagi akan menulis dan menerbit lagu. Cuma bukan untuk diri saya. Saya akan kembali,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka selain turut mendoakan semoga semuanya akan baik-baik sahaja buat Faizal.
Terdahulu, Faizal baru sahaja melancarkan semula lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 hasil kolaborasi bersama kumpulan nasyid yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu iaitu, Mirwana.
Selepas seminggu ia dilancarkan, lagu tersebut telah meraih hampir 700,000 jumlah tontonan di laman Youtube.
Sumber: Twitter Faizal Tahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Kita Sentiasa Dipaksa Untuk Berpisah, Sehidup Semati Dengan Izin Allah,” – Sayu Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Datuk Fazley Yakoob Buat Isteri, Siap Tulis Lagu
Ucapan ulang tahun perkahwinan chef Selebriti, Datuk Fazley Yakoob terhadap isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sememangnya mampu menitiskan air mata buat sesiapa sahaja yang membacanya.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Fazley menyatakan rasa bersyukur mempunyai isteri seperti Azrene sepanjang 13 tahun bersama.
“To my beautiful wife, Adik Sayang @azrene_ahmad – Thank you so very much for the most wonderful 13 years of my life, and both of our lives together.
“7th November, the day we both officially became husband and wife, berkat doa ibu & arwah bapak, mama & papa, wanda, adik beradik, serta semua keluarga.. abang berjaya juga melafazkan akad nikah dan kita sehidup semati dengan izin Allah.
“Dugaan demi dugaan, rintangan demi rintangan agar kita dipisahkan, namun tentunya Allah lebih berkuasa.
“Tidak akan ada orang tahu sepenuhnya apa yang telah kita lalui untuk bersama dan kekal bersama demi anak-anak tersayang.
“Kita bersabung nyawa, tergadai maruah, hilang punca rezeki namun dengan kuasa Allah, kasih sayang kita tetap berkekalan.
“Terima kasih Adik Sayang, kerana sentiasa menjadi kekuatan abang, sentiasa tersenyum walaupun ketika kita sentiasa dipaksa untuk berpisah, sentiasa manja dengan abang walau pun hati penuh kerisauan, sentiasa sabar bersama abang walaupun maruah abang dipijak2 oleh insan yang seharusnya mendoakan kita.
“Allah menduga namun Allah jualah yang memberikan keberkatan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazley yang juga merupakan seorang penyanyi sebelum ini turut mencipta lagu khas buat isteri tercinta.
“Lagu ini dulu Abang hasilkan khusus buat Adik Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Abang seumur hidup, isteri sehingga berpisah mati.
“Moga syurgalah tempat mu nanti, berkat menjadi isteri yang begitu sempurna dalam hidup abang.. LOVE YOU VERY MUCH ADIK SAYANG! HAPPY 13TH ANNIVERSARY!!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Susulan itu, ramai netizen yang tersentuh membaca kisah cinta pasangan tersebut mendoakan agar mereka berkekalan hingga ke Jannah.
Sebelum ini, Fazley juga ada melakukan kejutan buat isterinya dengan menghantar sendiri bunga di tempat kerja Azrene baru-baru ini. Wow, Romantik habis!
Foto/Instgaram: Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Lagu Terakhir Yang Saya Beri Sehari Sebelum Kemalangan,” – Cikgu Shafi Sayu, Berkesempatan Tatap Wajah Sandra Buat Kali Terakhir
Guru vokal, Cikgu Shafi turut rasa terkesan atas pemergian penyanyi Sandra Dianne awal pagi Jumaat.
Cikgu Shafi merupakann guru vokal program Big Stage 2020 yang turut disertai Sandra.
Katanya menerusi satu posting di Instagram dia cukup menghargai momen bersama penyanyi berusia 26 tahun itu biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.
“Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage.
“Mohon sedekahkan Alfatihah untuknya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang soleh,” tulisnya.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Cikgu Shafi turut berkongsi dia berkesempatan menatap wajah anak muridnya itu buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan.
“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.
“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat kusyukuri.
“Subuh tadi kumelangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajah untuk kali terkahir. Hatiku sayu, rapuh.
“Segala kenangan menjadi abadi. Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tulisya.
Petang tadi, Shafi ada memuat naik sepotong video yang merakamkan momen bersama Sandra sambil mendedahkan lagu terakhir yang diberikan buat arwah agar terus positif dari rasa sedih dan putus asa.
Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada Sabtu.
Foto: Instagram Cikgu Shafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI