Berita

Shila Amzah Bersalin Baby Girl, Ubai; “Gugur Air Mata, Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa…”

Share

Penyanyi Shila Amzah selamat bersalin anak keduanya iaitu cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pempengaruh, Ubaidillah Zulkefli atau Ubai di Instagram miliknya, pada Khamis.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan untuk cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan.

“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Ubai berjanji, sebagai bapa dia akan menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Kami akan jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini,” katanya lagi.

Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH