Uncategorized

Shila Amzah Minta Netizen Berhenti Kutuk Sahabat Baik

Share

MH ada terlihat insta story milik penyanyi Shila Amzah yang katakan menafikan sahabat baiknya Jihan Muse telah menyindir seorang aktor lelaki yang digelar ‘hero’.

Disebabkan itu, Jihan telah menerima pelbagai kritikan dan cemuhan termasuklah kandungannya yang turut terkena tempias.

Come on guys, semua orang berhak bersuara, dan tak semestinya itu dimaksudkan kepada aktor itu sahaja.

Menurut Shila, dia tidak tahan apabila sahabat baiknya dicemuh oleh netizen yang nampak menulis tanpa memikirkan perasaan orang lebih-lebih lagi kini Jihan sedang sarat.

Shila juga mohon kepada sesiapa yang memulakan perkara ini untuk hentikan segala tuduhan yang melulu ini. Katanya lagi, inilah Syaitan inginkan, mahukan orang berbalah sesama sendiri.

Tambah Shila dia tahu kenyataan Jihan bukan ditujukan kepada aktor itu kerana dia dan Jihan ada bercakap mengenai kenyataan Jihan sebelum ini.

Dalam masa sama, Shila juga memohon agar semua orang hanya bercakap yang baik sahaja dan doa yang baik-baik.

Benar kata Shila, seorang selebriti juga seperti manusia biasa. Takkanlah hanya redha sahaja apabila dicemuh bukan?

MH harap korang dapat hentikan segala cemuhan buat Jihan atau mana-mana selebriti lain.

Lagipun, status berkenaan tidak semestinya berkaitan pelakon berkenaan kerana isu yang didakwa ditimbulkannya di set Meletop baru-baru ini tiada kena-mengena dengan Jihan kan.

Dengar apa Shila ingin perkatakan mengenai isu ini.

 

Published by
Wani Arifin