Penyanyi, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai Mohd Zulkifli pada majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tepat jam 10.26 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pasangan itu dinikahkan bapa Shila yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala di hadapan jurunikah Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.
Ketika ditemui media, Shila menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahan pada hari ini telah dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis pernikahan pada pagi ini. Kami mengharapkan agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Yang paling penting sekarang adalah kami dapat menjaga Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ubai memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Sementara itu, pasangan ini memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua.
Ads
Dua majlis resepsi bakal diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti Farah Fauzana, Zara Zya dan Haziq Hussni.
Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Shila juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres, Nur Fazura terharu dan mengagumi kesabaran suami, pelakon Fattah Amin dalam melayani dirinya sepanjang fasa hamil anak pertama mereka.
Jelas Fazura, dia turut memuji kesungguhan suami deni memenuhi keinginannya.
“Saya akui dia sangat bersabar melayan kerenah saya. Misalnya, ketika saya masih di awal kehamilan saya agak cerewet mengenai soal makanan.
“Pernah suatu hari, dia ada membawa balik sandwich, dan saya memang tidak menggemari sos atau mayonis.
“Bagaimanapun sandwich yang dibeli mengandungi bahan tersebut dan saya terus menangis.
“Lalu dia tenangkan saya, lalu sanggup keluar semula demi mendapatkan sandwich baru tanpa sos dan mayonis,” jelasnya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh, pada Selasa.
Tambah pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini lagi, dia turut menyifatkan suaminya itu mudah mengalah.
“Melihat kepada kesabarannya melayan saya, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.
“Malah, dia turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara,” jelasnya.
Fazura yang baru sahaja melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare menyatakan rasa gembira kerana impiannya untuk mengeluarkan jenama sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Set eksklusif tersebut hadir dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans yang sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi laman Instagram miliknya, Juliana, 34, berkongsi khabar gembira itu buat tatapan pengikutnya.
Melalui posting sama, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu turut memuat naik gambar terkininya yang jelas kelihatan ‘baby bump’ memandangkan usia kandungannya sudah mencecah bulan kelima.
“Saya dan suami dengan rasa gembira ingin mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata kedua. Kami sangat teruja menantikan kedatangan ahli keluarga baru.
“Doakan yang baik-baik,” tulis Juliana menerusi ruangan kapsyen beserta tanda pagar #22weekspregnant dan #secondtrimester.
Juliana turut memuat naik rakaman video ketika doktor sedang menjalankan ultrasound scan.
Meninjau ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat pelakon Kami The Movie itu turut mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Juliana.
“Congratulations, we are sharing the same gynae. The best in Malaysia,” komen Nourul Depp.
“Sophieeeee!! Allahumma Baarik! Wonderful news!” titip Datin Lisa Surihani.
Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Marissa maklumkan dirinya harus mengambil kira pelbagai aspek termasuklah nama baik keluarga.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.
“Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, dia dan Aslam kini sedang beruasaha untuk memperbaiki segala kemelut yang sedang melanda keluarga mereka saat ini.
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ditanya mengenai hubungannya bersama suami denga keluarga kedua-dua belah pihak, ini jawapan yang diberikan oleh Marissa;
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
“Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Umisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Marissa Dania Hakim & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...