Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita semua melangkah ke tahun baharu 2023.
Pastinya ada azam 2022 yang sudah dapat digapai dan boleh dibanggakan oleh setiap daripada kita.
Hal ini tidak terkecuali buat penyanyi Shila Amzah, 32, yang teruja apabila dapat meninggalkan 2022 dengan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg.
“Saya gembira dapat meninggalkan tahun 2022 dengan menghilangkan berat badan 14 kilogaram.
“Saya telah berjanji untuk lebih menjaga diri sendiri dan saya telah melakukannya pada tahun 2022.
“Saya berjaya melakukannya selepas menempuh pelbagai halangan dan segala kesakitan.
“Alhamdulillah untuk setiap kemenangan (kejayaan), malah kemenangan kecil juga turut boleh dibanggakan,” tulis Shila menerusi laman Twitter miliknya.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu turut berkongsi status yang ditulis itu di laman Instagram miliknya, yang mana rata-rata peminat serta rakan artis kemudiannya memberikan respon positif di atas kejayaannya itu.
“Saya sangat gembira untuk awak Sha,” komen pelakon Catriona Ross Bahrin.
“Alhamdulillah, stronger than yesterday! Hugs,” titip pelakon Yana Samsudin.
“You did it!” komen penyanyi dan komposer, Amylea Azizan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shila Amzah