Shima ‘Teringin’ ada mengimbas kenangan manis bersama Allahyarham Saleem yang telah pergi buat selama-lamanya Oktober tahun lalu.

Katanya, pertama kali mereka bertemu di sebuah studio rakaman bagi merakamkan lagu.

“Saya berjumpa dengan Allahyarham ketika kami berada di King’s Studio, Petaling Jaya. Ketika itu, kami sedang melakukan rakaman untuk sebuah lagu. Saya masih bersama dengan Shima & The Boys dan arwah dengan Iklim.

IKLAN

“Kemudian selepas itu kami adalah bertemu ketika saling membuat persembahan sama,” katanya kepada MH.

Ditanya antara momen paling diingatinya melibatkan arwah, Shima memberitahu dia terkejut apabila menonton video rakaman Saleem yang mampu penyanyikan salah satu lagu hitsnya dengan baik.

IKLAN

“Saya sangat terharu, bila saya menonton satu video menerusi YouTube, arwah ada nyanyikan lagu saya, Setelah Aku Kau Miliki.

“Jadi saya gembira dan teruja, tak sangka arwah nyanyi lagu saya dengan baik sekali. Itu antara kenangan manis bila kenangkan arwah yang telah tiada,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, Shima ditemui pada sidang media Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi yang berlangsung pada 6 Oktober lalu, jam 8.30 malam itu bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyanyi senior itu turut diundang sebagai penyanyi undangan dan mengalunkan lagu hits nyanyian Allahyarham. Turut sama  terlibat dalam menjayakan konsert berkenaan ialah Zaiton Sameon.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI